10 jalan utama di ibu negara ditutup secara berperingkat mulai 22 Jan sempena Thaipusam

bkk-ratchaprasong-dt-1

Sebanyak 10 jalan utama sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat mulai 10 malam, Jumaat ini bagi memberi laluan perarakan “Pedati Perak” bersempena sambutan Thaipusam, menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S. Markandan.

Antara laluan terlibat ialah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut dan Jalan Sri Amar.

Menurut Markandan, “Perarakan pergi pada Jumaat akan bergerak dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee dan melalui sepuluh jalan utama tersebut, kemudian ke Jalan Tun Razak (pusingan-U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan Salleh), Jalan Kovil Hilir, Lorong Konvil Hulu, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves.”

Dalam masa yang sama, pihak Bukit Aman turut mengeluarkan kenyataan berhubung kawalan lalu lintas perarakan bersempena Thaipusam yang disambut pada Ahad ini (24 Jan), memetik laporan Bernama.

Katanya perarakan pulang pula bermula 4 petang Isnin (25 Jan) dan dijangka berakhir pagi esoknya (26 Jan). Kumpulan perarakan akan bergerak dari Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, seterusnya melalui Jalan Ipoh, Batu 5, Jalan Perhentian, Lorong Konvil Hulu, Jalan Kovil Hilir, Jalan Tun Razak dan Jalan Ipoh.

Markandan berkata laluan yang ditutup turut melibatkan Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir dan Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S Lee.

“Penutupan jalan yang berakhir Selasa depan akan dilakukan mengikut pergerakan kumpulan perarakan dan dibuka semula kepada pengguna jalan raya setelah mereka selesai melalui jalan tersebut,” katanya.

Oleh itu, orang ramai yang ingin melalui kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada hari berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required