Hilang kawalan kenderaan dikenal pasti sebagai punca utama kemalangan maut pada 2015 – Bukit Aman

Crash-accident-collision

Hilang kawalan kenderaan atau terbabas merupakan antara punca utama kemalangan maut pada tahun lalu, menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman SAC Mahamad Akhir Darus.

Beliau berkata, faktor berkenaan menjadi penyumbang tertinggi kemalangan maut dengan 1,713 kes diikuti dengan kes makan jalan iaitu 764 kes, memetik laporan Bernama.

Ini diikuti dengan faktor cuba atau sedang memotong kenderaan di hadapan iaitu 689 kes. Manakala faktor lain ialah memandu dengan had laju berlebihan, memecut sesuka hati dan lain-lain.

“Sepanjang tahun lepas, sebanyak 6,706 kes kemalangan maut direkodkan dengan penunggang dan pembonceng motosikal merupakan penyumbang utama dengan 4,203 kes. Ini diikuti kereta dengan 1,358 kes, pejalan kaki 482 kes, lori 223 kes dan lain-lain seperti bas 440 kes,” katanya.

Selain itu, pertambahan jumlah penduduk, kenderaan berdaftar dan pemandu berdaftar baharu juga antara faktor peningkatan jumlah kemalangan maut di jalan raya.

Bagi pecahan mengikut negeri pula, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang merupakan antara negeri yang merekodkan jumlah kes kemalangan jalan raya tertinggi.

Sambungnya lagi, “Perlis, Kelantan, Terengganu dan Melaka pula mencatatkan kes kemalangan terendah.”

Berkenaan dengan Ops Warta, Mahamad Akhir berkata lebih 1.8 juta waran tangkap telah dikeluarkan sejak 2010.

“Daripada jumlah itu, 419,406 waran tangkap masih tertunggak. Polis tidak akan berhenti mengesan pesalah trafik ini sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap mereka,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 162,958 operasi telah dilakukan di seluruh negara dan lebih enam juta saman telah dikeluarkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required