“AES untuk menyelamatkan pengguna jalan raya, bukan menghukum” – Datuk Seri Liow Tiong Lai

AES_Camera

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan pihaknya telah menerima pelbagai maklumbalas dari orang ramai berhubung dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan diperluaskan dan juga Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (KEJARA) yang bakal diteruskan kelak.

Selepas mengalu-alukan cadangan dari orang ramai pada bulan lalu, Liow mendakwa menerima banyak maklumbalas positif dari pengguna jalan raya. Kebanyakannya turut mencadangkan lokasi baharu bagi AES, di samping memberikan beberapa saranan untuk menambah baik sistem ini.

Menurut laporan The Star, Liow turut mengingatkan pengguna agar menghantar idea masing-masing sebelum 31 Mac ini bagi membantu pihak kementerian menambah baik dua sistem penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Sambil menyatakan bahawa pelaksanaan sistem AES dan Kejara bukanlah untuk menghukum pemandu, Liow tetap teguh pada pendekatan serampang dua mata iaitu sistem berkenaan adalah untuk menyelamatkan nyawa mereka. Menurut kajian baru-baru ini oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sembilan daripada 10 pengguna jalan raya berkata bahawa mereka akan mematuhi undang-undang lalu lintas jika kamera berada di satu-satu lokasi.

MEX-Highway-01

“Kira-kira 90% daripada pengguna jalan akan mematuhi had kelajuan di laluan yang ada kamera lalu lintas, berbanding hanya 60% di jalan raya tanpa sistem pemantauan. Ia akan menjadi sangat berkesan dalam mengurangkan kemalangan dan kadar kematian jika kamera dipasang di kawasan-kawasan yang sering berlaku kemalangan,” ujar Liow.

Menteri terbabit turut mendedahkan, pada tahun 2015 sahaja, seramai 6,706 pengguna jalan raya terbunuh dalam 489,606 kes kemalangan yang direkodkan. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 6,674 kematia dicatatkan pada tahun 2014 daripada 476,196 kemalangan jalan raya.

Sambungnya lagi, “Ini adalah satu hal yang membimbangkan kerana secara purata ia membabitkan sebanyak 18 kematian setiap hari pada tahun 2015, manakala kemalangan jalan raya berlaku bagi setiap minit setiap hari. Kami mahu menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua tetapi penguatkuasaan dan hukuman sahaja tidak berkesan untuk mencapai matlamat ini.Disiplin diri yang membantu untuk menyelamatkan nyawa.”

Adakah anda percaya sistem AES dan Kejara yang diperluaskan ini mampu membantu mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required