Toyota Rush, yang menerima penambahbaikan di Indonesia pada Mac tahun lalu (April di Malaysia), kini menerima versi 2016 pula. Imej yang diperoleh dari laman web jualan di Indonesia, menunjukkan ia didatangkan dengan versi TRD Sportivo bagi SUV bajet.
Menurut laporan tempatan, Toyota akan memperkenalkan Rush TRD Sportivo 7 dan versi tertinggi Rush TRD Sportivo Ultimo tiga barisan dari tujuh-tempat duduk, sementara Rush G pula masih diteruskan dengan dua barisan/lima-tempat duduk. TRD Sportivo terbaharu ini akan menerima jaluran merah di atas gril dan juga pelekat pada bahagian sisi serta penutup tayat simpanan. Manakala Ultimo dilihat turut dilengkapi dengan rim baharu yang lebih sporty.
Malah ia juga didatangkan dengan set suspensi TRD Sportivo (penyerap hentak dan gegelung) yang lebih lembut dan lebih selesa berbanding suspensi standard. Mungkin ciri ini bertentangan dengan TRD Sportivo = sporty = teguh, jadi ini mungkin keunikan bagi pembeli di Indonesia.
Perubahan ini dilakukan mungkin setelah Toyota Astra Motor melihat sambutan terhadap pengenalan Honda BR-V, SUV tujuh-tempat duduk berdasarkan Mobilio di Indonesia. Sejak 23 Januari, sebanyak 1,000 unit BR-V telah pun diserahkan kepada pemiliknya.
GALERI: Toyota Rush facelift di Malaysia



Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800
Toyota Hiace
dari RM169,000