Proton 1.3 turbo, 6MT “sepatutnya muncul” bagi model akan datang Proton sebelum GDI/TGDI tiba – CTO

2015-proton-iriz-1.3-turbo-prototype-001-BM

Dalam penganjuran Alami Proton pada tahun lalu, syarikat pengeluar kereta nasional ini turut mempertontonkan Proton Iriz dan Proton Exora yang dijanakan oleh enjin prototaip 1.3 liter pengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan.

Memandangkan ia telah menarik minat dari orang ramai, kami sempat bertanya pada Ketua Pegawai Teknikal (CTO) Proton Abdul Rashid Musa, adakah penjana kuasa ini masih dalam perancangan, dan adakah ia boleh diletakkan dalam barisan enjin baharu Proton?

Sebagai permulaan, Rashid telah menerangkan tentang pengurangan kapasiti enjin merupakan salah satu objektif untuk mengurangkan emisi dan menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik. Beliau menambah pelan progresif Proton bukanlah sekadar menantikan ketibaan enjin baharu GDI/TGDi, tetapi salah satunya ialah enjin 1.2 liter tiga-silinder yang dikatakan “pakej yang bersesuaian dengan kenderaan yang sesuai,” akan diperkenalkan pada masa akan datang.

Ketika ditanya, adakan enjin 1.3 liter turbo (bukan TGDI) akan ditampilkan pada model Proton akan datang terlebih dahulu sebelum enjin baharu tiba, Rashid menjelaskan, “Secara logiknya, mungkin patut,” dan memberitahu bahawa enjin 1.3 liter turbo bersama transmisi manual enam-kelajuan sebagai suatu yang “hebat”. Beliau turut berkata penjana kuasa ini kakan memberikan “prestasi yang berpatutan” dan mengesahkan pacuan antara 0-100 km/j hanya mengambil masa antara 8-9 saat.

Proton Iriz dan Exora yang dipamerkan di Alami Proton tersebut dipadankan dengan enjin 1.3 liter pengecas turbo empat-silinder dan transmisi Getrag manual enam-kelajuan.

Menerusi risalah informasi yang dipaparkan, enjin ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 140 hp pada 5,750 rpm dan tork 190 Nm serendah 1,800 hingga 5,000 rpm. Ini bermakna, ia lebih berkuasa berbanding enjin 1.6 liter CFE (138 hp/205 Nm).

Malah model prototaip Iriz turut dikatakan mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 8.7 saat, senada dengan kenyataan Rashid. Pada masa tersebut, kami diberitahu bahawa dua model tersebut hanya diperingkat prototaip dan masih jauh lagi perjalanannya untuk dipasarkan.

Memang sehingga kini, tiada ura-ura penjana kuasa tersebut bakal diaplikasikan, mungkin Proton ada perancangan mereka yang tersendiri biar pun secara umumnya ramai yang menantikannya.

GALERI: Prototaip Proton Iriz 1.3 turbo, manual enam-kelajuan

GALERI: Prototaip Proton Exora 1.3 turbo, manual enam kelajuan

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Pasangkan untuk kereta Iriz bagi 2016 model.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • Sam Loo on Feb 04, 2016 at 9:07 am

    1.3 Turbo 6 speed manual getrag? It still proton.. Bad RV! Go for Toyota better! I give you free Hailat. Kimchi’s & Nasi Lemak car give me free also i dont want!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 11
  • Shahrul on Feb 20, 2016 at 11:31 am

    I wonder, have proton ever try develop using centrifugal supercharged instead of using turbocharged one? although the engine need to give up some power, but it is less hassle and maintenance than turbocharged. just one of my thought about it.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • brader sam on Apr 19, 2016 at 2:33 pm

    bodoh punya proton…masalah OCH ko settlekan dulu bangkai…bukan asyik rnd enjin2 bodoh ni!!!

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 4
  • sgt hassan on Jun 20, 2016 at 11:59 am

    brader sam , kenapa marah marah proton , your old nissan sunny air cond rosak ka , trade in la , beli toyota

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Iktibar dari Exora CPS masti diambil berat. Jgn lagi buat silap seperti itu. Merangkak exora tanpa turbo. Jika perlu untuk enjin lengkap turbo masukkan lah yg ada turbo. Baru pengguna tak rasa ditipu. Cakap enjin tak perlu turbo, kuasa sama seperti 1.8. Akhirnya exora nak potong lori pun tak lepas. Membahayakan keluarga pengguna apabila dapat kereta sluggish camtu. Free mind cheap maintenance.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Apa2pun Boleh on Jul 29, 2016 at 11:21 am

    Aku pemilik alza. Beli sbb cantik dan murah sedikit dari exora (sikit je murahnya). Aku punya alza, kalau nak potong kereta kena tekan minyak sampai mengaum2, ambil jarak dan kalau boleh nak keluarkan kaki ni mcm flinstone, kayuh kasik tambah laju. lembek. underpower. body punyalah lembut dan melayang2 bila laju sikit. bahaya. sgt bahaya sbb aku bawa keluarga. tp aku syukur ada alza dan tak bising2. bukan aku je, majoriti pengguna alza pun tak bising.
    Tapi apa yang aku pelik, pengutuk2 proton pun tak kutuk2 kereta produa ni meskipun alza ni jauh lebih rendah keistimewaan & kualitinya dibandingkan dengan exora. kalau nak kata exora merangkak, alza ni tahap mengesot. kat highway selamba je exora potong aku. handling exora pun mantap. laju pun stabil.
    sbb apa tak kutuk alza? sbb pengutuk2 ni dah benci proton. apa shj yg proton buat semua x kena.
    kepada pembeli kereta, belilah ikut akal.. jgn terpengaruh dengan pengutuk2 tu.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • Proton fans on Mar 02, 2018 at 4:18 pm

      Exora yg laju tu enjin cmpro cfe (138ps-215nm). Xde masalah. Cuma masalah pada OCH.
      Yg org bising tu enjin campro cps takde turbo enjin N/A (107hp-150nm) dgn berat kereta 1300kg. Enjin cps bawa body kereta 1100kg pun dah lembik.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • proton ne dah la tak brapa nak cun guna timing chain(teknologi lama) plak tu memang susah la nk leburkanlah duit utk kereta baru dia..

    pada aku maintenance murah lagi penting dari kereta lawa2 tpi cekik minyak dan alat ganti

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required