Proton Perdana 2016: perincian awal 2.4L vs 2.0L

2016-Proton-Perdana-full-media-preview-7

Pada program pelancaran kempen ‘My New Proton’ yang diadakan pagi tadi, kami dikejutkan prebiu Proton Perdana 2016. Seperti yang diketahui, Perdana 2016 ini diasaskan dari model Honda Accord generasi kelapan. Kami difahamkan model ini akan hadir dengan dua varian berbeza iaitu versi 2.0L dan 2.4L, sama seperti Honda Accord.

Untuk bahagian luaran, muka Perdana 2016 direka dengan rekaan signatur Proton (seperti Iriz dan Preve) bermula dari lampu utama dan wing pada gril hadapan serta logo Proton terbaharu dengan efek 3D. Lampu utama jenis projektor xenon untuk model 2.4L (projektor halogen untuk model 2.0L) turut disertakan dengan lampu nyalaan siang LED. Sirip sisi pada fender hadapan ditambah membezakan rupa Perdana 2016 dan Accord pada sisi hadapan.

Rekaan yang paling ketara membezakan Accord dan Perdana adalah pada bahagian belakang. Bahagian but menampakkan Perdana ini lebih tinggi dari Accord dengan penambahan quater window pada tiang-C. Lampu belakang juga dipertingkatkan dengan penggunaan lampu jenis LED seiring dengan rekaan sedan segmen-D pesaingnya kini.

Untuk model 2.4L, Proton akan memadankan kit badan yang merangkumi lips spoiler pada bahagian depan dan belakang bersama skirt sisi. Difahamkan kedua-dua varian akan dilengkapi rim bersaiz 17-inci tetapi dengan dua opsyen rekaan berbeza. Walaupun rekaan yang dipertontonkan belum dimuktamadkan untuk produksi, kami berpendapat terlalu banyak trim krom pada bahagian luaran yang menyebabkan rekaan keseluruhan tampak agak ‘sarat’ (visual tidak dapat disertakan kerana kami tidak dibenarkan mengambil gambar pada sesi prebiu ini).

2016-Proton-Perdana-BM-04

Pada bahagian dalaman, tidak ada banyak yang berubah jika dibandingkan dengan Accord. Perdana ini dilengkapi dengan pedal penukar gear dan kawalan kelajuan pada roda stereng, sistem hiburan dan navigasi GPS, penghawa dingin dua-zon, kamera undur, sistem anti-perangkap untuk tingkap hadapan, stereng teleskopik dan tempat duduk larasan kuasa untuk pemandu.

Reka bentuk papan pemuka adalah seiras dengan Accord kecuali tambahan paparan skrin sesentuh pada bahagian tengah. Model ini disahkan tidak mempunyai sistem kemasukan kunci pintar untuk kedua-dua varian. Kemasan dalaman ditawarkan dengan dua warna berbeza mengikut varian iaitu beige untuk model 2.4L dan hitam untuk model 2.0L. Kesemua tempat duduk juga dibaluti dengan kulit penuh, manakala untuk trim model 2.4L menerima kekemasan kayuan dan model asas 2.0L hanya dipadankan dengan trim berwarna perak.

Perdana 2016 masih lagi mengekalkan enjin Honda K24Z I-VTEC aci sesondol berkembar untuk varian 2.4L (177 hp/222 Nm) dan R20A I-VTEC aci sesondol tunggal untuk varian 2.0L (154 hp/189 Nm).

GALERI: Spyshot Perdana 2016

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

 

Add a comment

required

required