VIDEO: Proton dedah logo 3D baharu dan tagline “It’s in the Drive!” – akan tampil pada semua model baharu

It's in the Drive

After 30 years of experience, learning, improving, and investing, we've reached a new dawn. An era that will have you know and think about us… differently. A new chapter that will bring you quality cars that deliver attractive designs. great value, and utmost safety. We've put our minds and hearts, along with millions of man-hours of research and development, into ensuring we produce cars that we are proud of. And cars you'll be proud to own. The proof will be in the driving. And there's no better way to convince you but for you to test drive our cars yourself. Therefore, along with our new PROTON logo, we now introduce as our new signature message: "It’s in the Drive!" Consider it our invitation to discover a new era of purpose, energy, innovation and focus. Welcome to the new PROTON.

Posted by Proton Cars on Tuesday, February 16, 2016

Bukan setakat memperkatakan tentang azam baharu Proton untuk mempertingkatkan pengalaman pemilikan bagi semua pelanggannya, Proton turut mendedahkan logo 3D baharu, seperti mana yang anda boleh lihat menerusi laman Facebook mereka. Bukan itu saja, logo wajah harimau tersebut turut didatangkan dengan tagline yang lebih segar – It’s in the Drive!

“Era baharu, wajah baharu. Logo baharu ini adalah isyarat permulaan bagi era baharu dari kami di Proton. Ia bukan sekadar wajah baharu. Tetapi lebih kepada janji baharu. Sikap baharu. Komitmen baharu. Ramai yang tidak tahu dan tidak memandu kereta terbaharu kami. Jadi inilah masanya untuk melakukannya. Inilah masanya untuk mereka mengenali siapa kami, apa yang kami perjuangkan dan sejauh mana kehebatan kereta kami yang sebenarnya,” itulah yang dikatakan oleh Proton menerusi laman FB.

Seperti sebelum ini, logo baharu Proton turut didominasi dengan elemen kepala harimau yang dilakar di dalam bulatan, dan lambangnya pula berwarna hitam dan perak. Walau bagaimana pun, perkataan “PROTON” telah dibuang, dan kepala harimau telah diposisikan sedikit tinggi. Malah bulatan tersebut juga lebih nipis dan nampak macam 3D. Logo baharu atau lama – mana yang menjadi pilihan anda?

logo baharu (kiri) & logo lama (kanan)

Proton turut mengesahkan logo baharu ini akan ditampilkan pada semua model baharu dan facelift pada masa yang akan datang. Sudah pasti Perdana 2016 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi akan menjadi model pertama yang ditampilkan dengan logo baharu ini. Disusuli oleh Saga 2016 dan Persona 2016 yang juga akan dilancarkan pada tahun ini juga. Malah jika sahih Proton akan rebadged Suzuki Ertiga di Malaysia yang dikhabarkan tidak lama lagi iaitu menerusi model kerjasama Proton-Suzuki, logo baharu ini juga akan ditampilkan.

Sementara itu, tagline baharu yang diperkenalkan iaitu “It’s in the Drive!” merujuk pada keseronokan pemanduan, dan disokong oleh pengendalian yang lebih berkarakteristik, serta bersesuaian dengan enjin baharu yang bakal diperkenalkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Zawes on Feb 16, 2016 at 9:11 pm

    Logo baru lebih menarik.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Peminat Auto on Feb 16, 2016 at 10:20 pm

    Harap model2 kereta baru slps ini tampak gah spt logonya.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • thunderman on Feb 16, 2016 at 10:38 pm

    Logo Thundercat tu patut buang terus. Terlalu serabut.. Ganti yg lebih simple spt huruf ‘P’ shj ke..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 3
  • Anwar on Feb 19, 2016 at 7:31 am

    Just drop one of the edges.. either the inner circle or the outer edge and it will look more simple and nice… at least to me

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • skatax on Mar 02, 2016 at 8:54 pm

    Seeloknya tak perlu logo harimau tu. Logo mudah dan jelas seperti Toyota, Kia dan VW lagi sesuai kalau nak tembusi pasaran antarabangsa.

    Logo macam ni kalau dedah di negara luar bukannya orang faham pun. Langsung takda daya tarikan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required