Proton Arena pikap baharu sedang dibangunkan

Dalam temubual bersama Tun Mahathir Mohamad semalam, kami sempat bertanyakan pengerusi Proton ini untuk mengetahui pendapat beliau mengenai Arena, model konsep trak pikap yang tampil dengan imej agresif seperti mana yang pernah dipamerkan di Alami Proton tahun lalu.

Proton Arena bukanlah sebuah model yang popular, namun ia menerima sambutan yang agak menggalakkan di pasaran eksport temasuk Australia, yang turut dikenali sebagai Proton Jumbuck. Walau pun Proton telah mengumumkan beberapa model baharu pada tahun ini, namun model konsep trak pikap ini perlu menanti masa yang lama untuk dihasilkan dalam bentuk produksi, menurut Tun Mahathir.

Tidak seperti Arena, pikap baharu Proton ini merupakan trak pikap sepenuhnya berbanding pikap utiliti coupe dua-pintu. Jika ia sah diproduksi, ini merupakan model pertama dari Proton yang menggunakan sistem pacuan empat-roda, satu teknologi baharu bagi pengeluar kereta nasional ini. Tun Mahathir turut berkata, beliau berkeyakinan bahawa model baharu ini mampu mendapat tempat di pasaran Australia seperti dahulu.

Pengerusi Proton ini turut menegaskan bahawa Proton harus dipacu lebih agresif untuk membangunkan kenderaan masa hadapan. Dengan perkembangan yang kencang dalam industri ini, Proton harus berusaha lebih gigih, biar pun tidak dapat menyaingi pengeluar lain, tapi sekurang-kurangnya turut maju ke hadapan.

GALERI: Model konsep Proton Pikap dipertontonkan di Alami Proton 2015

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Muhammad Haziq Hafizan on Feb 20, 2016 at 11:07 pm

    Ini satu berita yang bagus dan menarik.Bagi saya Proton akan berjaya pada masa depan dengan model pikap ini tapi bagaimana dengan enjin bagi saya Protn patut bangunkan enjin GDI/TGDI 5.0 dan 5.6 V8 untuk model ini. Dengan ada nya sistem pacuan empat roda Proton hanya tinggal satu langkah saje lagi.Saya sokong Proton sampai bila-bila !!!!!

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
    • Peminat Auto on Feb 26, 2016 at 2:47 pm

      Apa? Enjin GDI/TGDI 5.0 dan 5.6 V8? Roadtax berapa mahu byr? Sepatutnya, Enjin berkapasiti 3.0 paling maksimum tapi efisen & berkuasa. Ditambah pula dengan sistem drivetrain yg high class, casis kukuh & susun atur ruang dalaman yang bijak. Untuk ruang kargo, Proton blh rujuk model Honda Ridgeline terbaru.

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
    • Alson P on May 25, 2016 at 5:33 pm

      Wow.!! Enjin v8 5.0 & 5.6.. Jauh lebih hebat Dari ford Raptor F-150 SVT..
      Bersaing dengan Mercedes Benz G63 AMG 6×6..
      Banyak lagi pengeluar kereta Dunia mengeluarkan pikap dengan kapasiti besar Dan mahal..
      Teknologi Masa ini sudah maju kehadapan.. Enjin empat silinder berkapasiti 2.0L twin turbo/biturbo/supercharged sudah boleh menghasilkan 400hp Dan 450nm kilasan..
      FC yang lebih jimat Dari v6/v8 tetapi kuasa yang dihasilkan menakjubkan..
      Kos penyelenggaraan lebih rendah..
      Road tax pun murah berbanding enjoin berkapasiti lebih besar

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required