JKR kaji penggunaan getah beku bina jalan raya

Johor road Bernama

Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dilaporkan sedang menjalankan kajian berkenaan penggunaan getah beku sebagai bahan campuran asfalt untuk turapan jalan.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menterinya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang berkata pada masa ini lima projek perintis penggunaan getah beku untuk pembinaan jalan sedang dilakukan dengan satu projek telah disiapkan pada Disember 2015, laporan Bernama.

“Lokasi kajian yang telah siap tersebut ialah Jalan Gemas-Rompin, Negeri Sembilan manakala empat lagi projek iaitu masing-masing satu di Kedah, Pahang, Kelantan dan Selangor akan dilaksanakan tahun ini.

“Pada masa ini JKR bersama Lembaga Getah Malaysia sedang menganalisis prestasi turapan jalan di lokasi yang telah disiapkan itu,” katanya di persidangan Dewan Rakyat. Ia adalah bagi menjawab soalan Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) yang ingin tahu adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan getah sebagai satu daripada bahan utama pembinaan jalan raya di negara ini dan apakah halangan atau masalah untuk menggunakan teknologi ini

Walau bagaimana pun, Rosnah turut berkata beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum memutuskan penggunaan getah sebagai bahan campuran asfalt untuk pembinaan jalan termasuk kuantiti bahan mentah yang mencukupi, kesesuaian peralatan, kualiti bahan bitumen getah yang dihasilkan dan kos berbanding kaedah konvensional.

Katanya, cadangan penggunaan getah beku sebagai bahan campuran asfalt dalam turapan jalan akan diperluas ke lokasi lain di seluruh negara tertakluk kepada hasil keputusan pelaksanaan projek perintis yang sedang dijalankan.

Pada masa ini, kebanyakan pembinaan turapan asfalt jalan raya di negara ini menggunakan bitumen asli gred 80/100 dan 60/70 sebagai bahan pengikat dalam campuran asfalt.

Penggunaan getah beku sebagai bahan campuran asfalt dikatakan alternatif yang lebih baik dengan kos yang ekonomik dalam usaha meningkatkan kualiti pembinaan jalan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required