Pembelian kenderaan antara punca utama kes bangkrap di Malaysia – satu daripada setiap empat

Car-loan-purchase-bankrupt

Seperti mana yang semua tahu, rakyat Malaysia memang suka kereta. Walau pun harga kereta naik, tapi mesti ada juga yang membelinya. Tak kiralah ada yang merungut ekoran kos taraf hidup yang meningkat, nafsu untuk memiliki kenderaan baharu adakalanya sukar untuk ditolak. Tetapi tahukah anda, satu daripada empat kes bangkrap di Malaysia dilaporkan adalah berpunca daripada pembelian kenderaan.

Laporan The Sun menyebut antara 2011 dan 2015, sebanyak 27.94% atau 28,374 kes bangkrap dicatatkan di negara ini adalah berpunca daripada pembelian kenderaan. Sumber laporan ini adalah daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, yang mendedahkan antara punca utama kes bangkrap di negara ini.

Pinjaman perumahan pula menduduki carta kedua iaitu dengan 21,697 kes iaitu 21.36% daripada keseluruhan kes bangkrap, diikuti dengan pinjaman peribadi (20,727 kes atau 20.41%) dan pinjaman perniagaan (11,899 kes atau 11.71%). Jabatan tersebut memberitahu pihak mereka telah mengendalikan sejumlah 101,537 kes sepanjang 2011 hingga 2015.

Mengikut statistik, majoriti kes adalah dari Selangor (29,421 kes), diikuti dengan Kuala Lumpur (14,479) dan Johor Baharu (14,064). Manakala Perlis berada di senarai paling bawah kes bangkrap ini dalam tempoh lima tahun iaitu hanya 343 kes direkodkan.

Dari segi umur pula, individu berusia antara 35 dan 44 tahun menguasai 35.24% daripada keseluruhan kes sepanjang tempoh itu, sementara usia antara 25 dan 34 tahun pula sebanyak 22.52%. Laporan ini turut menyebut peningkatan kes dari tahun 2011 (19,167) hingga 2014 (22,351 kes), dan ia menurun pada tahun 2015 dengan 18,547 kes yang direkodkan.

Adakah anda merasakan sikap obsesi sesetengah individu untuk memiliki kenderaan baharu biar pun sebenarnya kurang berkemampuan mendorong mereka untuk ‘rela’ diisytihar bangkrap? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • firdaus on Apr 23, 2016 at 12:20 pm

    Sejak kebelakangan ini,banyak artikel yang tujukan padakan fresh graduate,katakan jgn beli kereta. Tetapi requirement kerja mmg perlukan kereta atas sebab tertentu. lagipun public transport x boleh reach semua tempat.

    Jadi saya terpikir, why not buy 2nd hand car. Harga mampu milik,tidak perlu risau loan yang tinggi. Boleh bagi tips, untuk kereta 2nd hand mana yang bagus untuk fresh grad? saga? myvi? hyundai atos?

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required