Kutipan tol secara elektronik sepenuhnya akan dilaksanakan di 18 buah lagi plaza tol mulai 1 Jun ini

Toll_Ayer_Hitam

Mulai jam 12 tengahari 1 Jun ini, sebanyak 18 buah plaza tol bagi enam lebuh raya akan melaksanakan kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia Sazally Saidi berkata, pelaksanaan itu dibuat selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan pembayaran tol di negara ini, laporan Bernama.

Malah langkah tersebut merupakan inisiatif bagi menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik iaitu sama ada kad Touch ‘n Go atau SmartTAG untuk melakukan transaksi bayaran tol yang lebih mudah, selesa dan membantu pengguna menikmati perjalanan lebih lancar di setiap plaza tol.

“Untuk melancarkan operasi tol di kesemua plaza tol, pihak konsesi lebuh raya terbabit akan memastikan kemudahan lorong tambah nilai dan penjualan kad Touch ‘n Go di lorong beroperasi 24 jam serta kakitangan akan ditempatkan di lorong bagi membantu masalah yang dialami pengguna,” katanya.

Lapan belas plaza tol bagi enam lebuh raya yang terlibat adalah Plaza Tol Bagan Ajam, Plaza Tol Perai dan Plaza Tol Sg. Nyior di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Plaza Tol Mines dan Plaza Tol Loke Yew di Lebuhraya Sungei Besi (BESRAYA) serta Plaza Tol Ayer Hitam, Plaza Tol Saujana Putra, Plaza Tol Teluk Panglima Garang dan Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Selain itu, Plaza Tol Bukit Raja, Plaza Tol Kapar, Plaza Tol Kapar Moc A dan Plaza Tol Kapar Moc B di Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB), Plaza Tol PB2X di Jambatan Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (JSAHMS) serta Plaza Tol Sungai Ramal, Plaza Tol Bukit Kajang, Plaza Tol Sungai Long dan Plaza Tol Sungai Balak di Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required