Dengan lebih 90,000 pelajar menunggang motosikal ke sekolah setiap hari tanpa lesen yang sah, satu cadangan dibuat untuk menurunkan had umur permulaan pemegang lesen motosikal dari 16 tahun ke 15 tahun bagi membenarkan golongan muda memiliki lesen yang sah, lapor New Starits Times.
Cadangan tersebut dibuat oleh pengerusi Institut Keselamtan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Tan Sri Lee Lam Thye, yang mengatakan jika ia dilakukan, bakal meningkatkan keselamatan jalan raya.
Ia sebagai respon beliau terhadap laporan yang mengatakan 80% dari sekitar 117,000 pelajar sekolah di Malaysia yang menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen. Mereka-mereka yang melakukan kesalahan berkenaan adalah terdiri daripada pelajar berumur antara 11 hingga 20 tahun di kawasan luar bandar.
“Dengan menurunkan had umur permulaan yang dibenarkan, ia akan menggalakkan golongan muda untuk memohon lesen memandu yang sah dan melalui latihan yang betul sebelum menunggang di jalan raya. Saya berharap kerajaan dan JPJ boleh mengimplementasi had umur baharu ini untuk membolehkan golongan remaja memohon lesen menunggang motosikal. Mereka perlu diberikan lesen ‘L’ yang sah, dengan syarat mereka tidak dibenarkan untuk membonceng individu lain bersama mereka,” kata beliau.
Lee turut menambah kerajaan perlu juga menimbangkan untuk menyediakan insentif kepada remaja bagi menggalakkan mereka memohon lesen memandu yang sah, dan ibu bapa perlu berusaha untuk mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan keselamatan jalan raya.
Walau bagaimanapun cadangan beliau tidak dipersetujui oleh pihak lain. Pengerusi Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, sistem di mana penguatkuasaan, pendidikan, dan hukuman yang tegas perlu digunakan. “Peraturan yang lebih baik dalam undang-undang adalah lebih penting daripada merombak semula had umur. Secara am, pelajar belum lagi bersedia untuk menjadi pengguna jalan raya yang bertanggungjawab pada umur 15 tahun dan ini merupakan sebab utama mengapa had umur minima yang ditetapkan sekarang ialah 16 tahun,” jelas beliau.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut menentang cadangan tersebut. Beliau berkata ibu bapa perlu bertanggungjawab kerana membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen.
“Kami mahu ibu bapa dibimbing melalui pendidikan. Mereka boleh ditegur, jika tidak mustahil, dan mereka perlu memahami yang kita ada undang-undang dan peraturan khas semasa menggunakan jalan raya. Kami akan mengeluarkan saman kepada mereka yang ditangkap menunggang tanpa lesen. Ada pihak yang perlu bertanggungjawab kerana melakukan kesalahan jalan trafik,” jelas Liow.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Setuju sangat.. saya umur 15tahun..and everyday pergi sekolah naik motor..disebabkan masalah pengangkutan.. ada bas tetapi lambat.. kadang-kadang ada, kadang tiada. Disebabkan rumah terlalu pendalaman. Bas tak dapat masuk ulang alik. Jadi, saya harap sangat JPJ dapat mempertimbangkan Lesen Had Motor kepada pelajar 15tahun. Trimas.
sya syuju sgt.krna sya msih brusia 14 thun.tetapi sya sudah mula pergi kesekolh dengan menunggang motosikal.krana bapa sya bekerja diwaktu mlm dn pulang pd waktu pagi sekitar jam 10.30 pgi. bas tdk dpt msok ke kawasan prumahan sya yg terletak kira kira 2 km pndalaman. ibu sya skit dn tdk dpt mnghantar sya kesekolah. sya harap pihak dpt mempertimbngkn masalah sya.
Betul3.pihak kerajaan perlu menimbangkan masalah rakyat yang tidak berupaya untuk menaiki basikal kerana jarak dari sekolah amatlah jauh.emak saya darah tinggi.bapa keja pekebun dan tak de masa untuk mengambil saya balik ke rumah dan sehingga saya balik dengan berjalan kaki di bawah matahari terik dan buku yang sangat banyak kerana tidak boleh menyimpan buku di laci meja.sekian terima kasih
Jadi.hanyalah segelintir saja yang membantah tetapi apa kata rakyat?.rakyat yang menangung penderitaan ketika pergi dan balik sekolah
Datuk seri liow tiong.di sini bukanya semua ibubapa yang berjaya.tetapi ada yang miskin dan tidak mampu menghantar pergi ke sekolah bahkan dengan ibubapa yang sakit.jadi saya amat setuju dengan cadangan miros sebagai pihak yang mengambil berat tentang masalah atau penderitaan rakyat ketika hendak pergi ke sekolah
Saya perlu ambil lesen motor umur 15 tahun sebab ayah sakit tak dapat hantar ke sekolah
Ini cadangan saya,okey saya telah berumur 15 tahun,saya telah menunggang motosikal dari umur 13 tahun,ibu bapa saya sudah tidak berdaya lagi untuk hantar saya ke sekolah kerana umur yang sudah boleh dikatakan warga emas,saya boleh naik bas untuk ke sekolah tetapi kos nya agak tinggi kalau dikira dalam sebulan,menurut kiraan saya,perbelanjaan boleh mencecah rm 300,lihat betapa susah nya untuk saya ke sekolah,lagipun saya tinggal di Sabah dan di pedalaman,jarak dari rumah saya untuk ke sekolah adalah 24 kilometer, saya boleh tinggal asrama tetapi sekolah saya tidak ada asrama,jadi saya hanya boleh menunggang motosikal sahaja, saya sangat memerlukan lesen motor, saya tahu serba sedikit tentang undang2 jalan raya tetapi saya rasa lebih selamat jika saya mempunya lesen,jika saya terlibat kemalangan jalan raya ketika pergi ke sekolah atau balik dari sekolah pasti saya akan salah 100 peratus, tetapi apakan daya saya,ini la cabaran untuk pergi ke sekolah, so apapun saya harap pihak kerajaan akan turunkan kelayakan had umur ini, sekian
Betul kos untuk bas adalah mahal RM60 sebulan harap harap pihak kerajaan dpt pertimbangkan balik tentang had umur bagi lah bole ambik lesen tu umur 15
Saya minat nak amik lesen moto