Penunggang motosikal usah bertindak melulu – polis

Screen Shot 2016-06-06 at 3.32.54 AM

Beberapa hari ini viral di laman media sosial Facebook yang menggesa penunggang motosikal menyertai kempen ‘Terajang Side Mirror’. Ekoran banyak insiden yang berlaku disebabkan faktor kecuaian atau pemanduan yang tidak berhemah, kempen tersebut menyarankan agar penunggang motosikal menendang kereta yang memasuki lorong kecemasan, menukar lorong tanpa memberikan lampu isyarat, memotong barisan dan memarkir di garisan kuning berkembar.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata, penunggang motosikal yang melanggar undang-undang dengan merosakkan kenderaan lain yang menggunakan lorong kecemasan, boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat, laporan News Straits Times.

“Ia adalah satu kesalahan, tanpa menghiraukan sama ada ia niat penunggang motosikal itu untuk menghalang atau menghalau pemandu lain dari menggunakan lorong kecemasan,” ujarnya ketika dihubungi oleh akhbar berkenaan bagi menjawab isu yang sedang viral yang mendapat ‘Like’ lebih dari 10,000 dan pengkongsian melebihi 14,000.

Katanya lagi, walau pun mahu memberikan pengajaran kepada pengguna jalan raya agar tidak menggunakan lorong kecemasan atas dasar kepentingan sendiri, dengan menendang atau merosakkan kenderaan yang terbabit, penunggang motosikal ini dinasihatkan tidak ‘membuat undang-undang sendiri’.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • souron on Jun 06, 2016 at 9:03 am

    mesti yg kena tendang tu pak menteri bn jgk ni. ngn kroni2. tu yg panas. sb ramai yg ikut lorong kecemasan tu org2 kaya…

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 2
  • souron on Jun 06, 2016 at 9:03 am

    terajang ja terus..

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 5
  • rashuk_khan2 on Jun 06, 2016 at 10:38 am

    Dahlah guna jalan tak bayar tol. Belagak samseng…mengalahkan polis…Apa kata kita rakam aksi penunggang samseng dan viralkan di media sosial supaya polis ambil tindakan

    Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 20
    • hijau on Jun 06, 2016 at 11:14 am

      bukan berlagak samseng.. pemandu kereta tak akan faham bahaya kepad penunggang motor kalau tukar lorong tak pandai nak kasi signal, pakai line kecemasan dan lain2.. kalau kereta kene langgar, takat calar sikit kemek sikit.. motor kalau kene langgar, or jatuh, berdarah 1 hal, tulang patah retak, mati terus, cacat seumur hidup.. kalau rasa tanak kene terajang side mirror, better ikut undang2 kerajaan dah
      buat.. masing2 tolong sama2.. kasi signal awal2, motor kat belakang pun dah boleh slow awal2..

      Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 2
    • X suka moto X payar bayar tol, sendiri pakai moto la, lepas tu ko akan faham pemandu yg bodoh mcm ko ni byk buat penunggang moto sakit kepala.. Ko ni rakam penunggang bertindak samseng tapi X benari tunjuk kenapa motor tu marah..
      Saya sendiri ikut lorong kereta, pun ada kereta bodoh X tau pakai signal terus masuk depan saya buat E-brake, you ingat motor senang untuk E-brake ke?
      Please place yourself in someone elses shoes before you comment thanks :)
      Oh yeah and before you say anything about mat rempit, you think illegal car racers dont exist? Cutting from fast lane straight to slow lane lane where motorcylist are without thinking twice about their safety. You hit us, your airbag comes out, but we fly off our bike :) You think only bikers rob people? Currently robbers come in cars, easier hide their parang and attack in numbers.

      Sincerely both a driver and a rider.

      Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 4
      • Hellos on Jun 06, 2016 at 2:13 pm

        Kahkahkah kalau diikutkan penunggang motor lg banyak langgar undang2 drpd pemandu kereta. Undang2 traffic light tak reti nak follow. Lepas tu ramai pula yg guna shortcut ikut laluan melawan arus. Banyak penunggang yg bawa terlalu perlahan & terlalu laju. Sudahlah tak beri laluan kalau org merge lane & keluar exit walaupun signal DAH lama diberi. Yg mereka tau hon & melenting bila laluan terhalang. Apakata penunggang motor ni pergi melancong ke negara maju & tengok macamana berhemahnya penunggang di negara sana.

        Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1
        • hahaha memang lawak. Ko cuba memandu lebih kat waktu malam, semasa kereta lebih kurang kat jalan, byk kereta yg langgar undang2 yg ko ni ckp. Kereta lebih besar, susah utk pakai jln shortcut yg sempit/lawan arus/shoot red light je.
          dan betul lebih penunggang motor yg byk langgar undang, tu sebab lebih penunggang motor yg X de lesen, you ingat lesen/kereta murah ke? motor 3k dah la, minyak pun rm10/minggu.. Majoriti pelanggar undang adalah penunggang kapcai/rempit kawasaki sama ngan kereta modified jepun/potong yg ingat dorang laju sangat hingga buat accident. Penunggang terlalu perlahan sebab cc kecil, terlalu cepat sebab nak rempit. Ko X pernah cuba stuck belakang kereta yg memandu 40 je tau proton iris yg highlght kereta lain ngan speed 140. Nak compare ape ni? Saya ni X nak orang compare2 motor dan kereta je. Kereta yg terhalang pun hon juga. Ko nak cakap ada byk pemandu ikut undang2 kan, saya pun pakai motor besar :) (mungkin CC lebih besar dari kereta ko pun) dan saya ikut belakang kereta kat traffic light dan jam, dan kena potong dari kereta yg stubborn, saya perlu give way sebab takut langgar saya, saya pergi hospital tau… tolonglah faham dan jgn compare byk
          >>>Seriously whydaheck are you guys comparing so much, both also at fault, just mind your own business, dont like anything, pakai dashcam dan report polis. Bagi dorang saman

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
    • soyasedap on Jun 06, 2016 at 11:46 am

      rakamlaa… x da masalah pun. mmg x bayar tol,. tapi ingat cukai bayar sama2.. ada moto kena r/tax lagi tinggi dr kereta,.. hehehe. Isu sekarang yang masuk laluan kecemasan tanpa sebab. kalau rasa ada moto yg buat salah, silakan rakam dan hantar ke polis atau jpj. butthurt sangat ni kenapa,. baru kena trajang side mirror kat emergency lane ke,.. hehehe

      Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1
  • Terajang terus, nak harap polis dan jpj takda lah minta Org awam buat aduan mereka dok balai jelah. Nak ubah mentality bukan mudah caranya juga kena keras

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • jibby on Jun 07, 2016 at 12:52 am

    Moto langgar kete, moto teruk > kete langgar moto, moto teruk. pemandu kete, ada paham?

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required