Proton Perdana baharu bakal menggunakan enjin NE01 dari Petronas dijangka bermula awal 2018

Proton_NE01_01

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Proton Perdana 2016 bakal menggunakan enjin dan transmisi dari Proton sendiri setelah program pembangunan enjin baharu mereka tamat pada akhir 2017 nanti.

Perkara ini dijelaskan lebih lanjut lagi oleh Proton semasa sesi sidang akhbar selepas berakhirnya majlis pelancaran Perdana 2016. Menurut Proton, model yang baharu sahaja dilancarkan ini – dengan menggunakan enjin dan transmisi sepenuhnya dari Honda – hanya akan di produksi sebanyak 7,000 unit setahun.

Model versi dikemas kini tersebut kelak akan menggunakan enjin NE01 2.0 liter empat-silinder dengan pendesak turbo yang diambil dari Petronas. Enjin ‘square‘ (dengan ukuran gerek dan strok 86mm x 86 mm) tersebut berupaya menjana sejumlah 135 kW (181 hp) pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 245 Nm dicapai sepenuhnya pada 1800 hingga 5000 rpm.

Proton_NE01_06

Walaupun mempunyai kapasiti lebih kecil berbanding enjin K24Z2 DOHC i-VTEC berkuasa 177 hp/222 Nm pada varian 2.4L, enjin NE01 2.0 liter tersebut nyata lebih berkuasa.

Enjin berkenaan juga bakal dipadankan dengan kotak gear CVT Proton baharu yang menggunakan torque converter (konsep yang sama digunakan pada transmisi CVT terbaharu dari Honda) berbanding menggunakan start-up clutch pada model-model Proton sebelum ini bagi memastikan aliran kuasa dari enjin yang lebih lancar.

GALERI: Enjin Proton NE01

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Alson P on Jun 15, 2016 at 5:21 am

    Hahaha… Edisi terhad, hanya 7k unit setahun.. Cepat dapatkan Perdana edisi terhad i-VTEC terhad sehingga berakhir 2017..

    Pecutan CVT jenis start-up clutch adalah jauh lebih cepat berbanding CVT jenis torque converter, ianya telah terbukti.. Tetapi CVT start-up clutch sememangnya berbunyi bising jika dibandingkan dengan CVT torque converter yang lebih senyap Dan selesa, walaupun pecutannya lebih lambat..

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  • Adnan on Jun 18, 2016 at 7:43 am

    Paultan Article on Petronas E01
    204ps/203Nm naturally aspirated
    http://paultan.org/2005/07/08/the-petronas-e01/

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Alson P on Sep 05, 2016 at 4:21 am

      Enjin petronas yang asal E01 euro2.. Enjin yang sama pattern dimajukan Dan ditambah baik oleh Proton sehingga mencapai piawaian standard emisi euro6 atau lebih baik code name NE01 seperti di atas..

      135 kW (181 hp) pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 245 Nm dicapai sepenuhnya pada 1800 hingga 5000 rpm.. Tork ditingkatkan jauh lebih baik Dari sebelumnya..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required