cruze digital ads

Naza Quest selaku pengedar rasmi Chevrolet di Malaysia melancarkan kempen Tawaran Bawa-Pulang Hari Malaysia sehingga 30 Spetember ini, menawarkan rebat tunai dan pelbagai aksesori percuma untuk pembelian Cruze Sedan, MPV Orlando dan trak pikap Colorado.

Untuk pembelian Cruze dan Orlando, pelanggan akan ditawarkan dengan diskaun sehingga RM20,000 serta pelbagai aksesori premium untuk model 2016 termasuk sistem infotainmen Audio Visual Navigation (AVN) dengan skrin sesentuh tujuh-inci definasi tinggi.

Sistem berkenaan mampu menghubungkan audio Bluetooth dan alatan bebas tangan serta boleh memainkan DVD,VCD, aux dan USB, menampilkan sistem navigasi dengan panduan suara dan rancangan laluan meliputi peta Malaysia, Singapura dan Thailand. Kamera undur turut diberikan beserta monitor belakang 10-inci pada Orlando, atau dua monitor pada perehat kepala bersaiz tujuh-inci pada Cruze.

Untuk pembelian trak pikap Colorado pula, pelanggan akan diberikan rebat sehingga RM4,000, manakala untuk model Colorado Sport Edition pula pelanggan akan menerima rebat sebanyak RM10,000. Sama juga seperti Cruze dan Orlando, Colorado turut menerima kamera undur.