Suzuki tutup kilang pemasangan motosikal di M’sia

Suzuki_motor

Suzuki Motor telah mengambil keputusan untuk menutup kilang pemasangan motosikal di Malaysia ekoran permintaan yang semakin berkurangan. Selepas penutupan kilang yang terletak di Prai, Pulau Pinang itu, semua model motosikal Suzuki akan dieksport terus dari Jepun, laporan Nikkei Asian Review.

Kilang tersebut memasang beberapa model motosikal Suzuki termasuk skuter, dikatakan mengalami kemerosotan pengeluaran akibat permintaan yang semakin berkurangan. Malah Suzuki Motor mengalami kesukaran yang sangat mencabar bagi melonjakkan angka jualan di Asia, dan ini mendorong kelemahan keuntungan yang kian ketara.

Justeru, Suzuki Motor hanya akan mengeksport terus model-model motosikalnya dari Jepun untuk Asia, dan ini pastinya akan membuatkan harga jualan di pasaran akan meningkat berbanding model CKD.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Baru nak usha2 suzuki address Fi
    payah la lepas ni nak cari spare part.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • berita buruk ialah sparepart susah jumpa, berita baik ialah made in japan

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Ahmad Kamal on Aug 31, 2016 at 3:47 am

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selepas penutupan ini, bagaimana sebilangan dari kita sebagai penunggang motor Suzuki utk mencari dan mendapatkan alat ganti? Terutama utk model tahun 90an?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Kalau nak cari spare part, terpaksa order dari luar i.e Thailand atau Indonesia sebab Suzuki masih belum berkubur di sana. Soal harga pula, saya tak berani komen.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required