Sempena perayaan Hari Kemerdekaan, khususnya untuk sambutan ambang merdeka, Rapid KL mengumumkan akan memanjangkan waktu operasinya pada 30 Ogos. Pemanjangan tempoh operasi ini adalah untuk memudahkan orang ramai bergerak masuk dan keluar dari pusat bandaraya Kuala Lumpur bagi meraikan acara pada malam sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-59 di Dataran Merdeka.

Perkhidmatan tren termasuk LRT dan Monorel akan beroperasi dari 30 Ogos hingga 1 pagi pada 31 Ogos. Rapid KL turut menyatakan bahawa dari 8 pagi pada 30 Ogos hingga 1 pagi pada 31 Ogos, frekuensi kekerapan tren Monorel dan LRT akan ditingkatkan.

Walau bagaimanapun, hanya stesen terpilih terlibat dalam pemanjangan waktu operasi ini. Stesen-stesen berkenaan adalah stesen Masjid Jamek dan Hang Tuah untuk Laluan Sri Petaling, Stesen KLCC dan Masjid Jamek untuk laluan Kelana Jaya, serta Stesen Bukit Bintang dan Hang Tuah untuk Monorel. Stesen lain kekal dengan waktu operasi biasa.

Perkhidmatan bas Rapid KL dari perhentian bas Pasar Seni turut terlibat dalam pemanjangan waktu operasi ini, dengan bas terakhir berlepas 15 minit selepas tren terakhir tiba. Bas yang terlibat adalah seperti berikut:

Rapid-KL-Merdeka-2016-3_BM

Dengan penutupan beberapa jalan utama di Bandaraya Kuala Lumpur, Rapid KL menasihatkan orang ramai yang ingin meraikan sambutan Hari Merdeka di Dataran Merdeka pada 31 Ogos agar menggunakan pengangkutan awam khususnya LRT da Monorel.