Kecualikan pemandu-pemandu kenderaan rasmi kerajaan daripada sistem demerit Kejara – Cuepacs

AES_Camera

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) menyarankan kepada kerajaan agar pemandu-pemandu kenderaan rasmi kerajaan dikecualikan daripada sistem mata demerit Kejara yang akan dilaksanakan hujung tahun ini, memetik laporan The Sun.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata pengecualian itu bertujuan untuk membolehkan pemandu-pemandu berkenaan menjalankan tugas mereka dan untuk memastikan agensi-agensi kerajaan tidak mengalami kekurangan pemandu disebabkan penggantungan yang bakal dikenakan oleh sistem berkenaan.

Sebagai contoh, antara yang perlu dikecualikan ialah polis yang mengejar penjenayah, pemandu-pemandu yang membawa menteri serta ambulans dengan pesakit. “Adalah tidak adil untuk menyaman mereka kerana sedang menjalankan tugas yang mengejar masa,” jelas beliau.

2016-kejara-demerit-points-system-score-1-1

Orang awam yang berada di dalam situasi kecemasan juga perlu dikecualikan. “Sistem berkenaan perlu dilaksanakan secara adil bagi pemandu kenderaan rasmi kerajaan dan juga orang awam,” tambah beliau. Menurutnya, di dalam sistem semasa, pemandu kenderaan rasmi tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan bagi kesalahan trafik.

Dengan sistem Kejara, mereka yang mengumpul 15 mata demerit akan digantung lesen, dan lesen akan dibatalkan sekiranya pemandu itu melakukan lebih banyak kesalahan dan mengumpul 15 mata demerit lagi selepas digantung tiga kali.

Azih menyatakan perkara itu dibangkitkan selepas Cuepacs menerima banyak rungutan daripada ahli-ahlinya yang risau akan pelaksanaan sistem berkenaan kelak. Setakat ini, terdapat 50,000 pemandu kenderaan rasmi kerajaan daripada hampir 700 kementerian, jabatan dan agensi kerajaan diseluruh negara.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • ..antara yang perlu dikecualikan ialah polis yang mengejar penjenayah, pemandu-pemandu yang membawa menteri serta ambulans dengan pesakit – sejak bila polis kena saman kalau kejar penjenayah?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required