Foto bukti dari pengguna jalan raya dialu-alukan – JPJ

jpj_photo2

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang membangunkan aplikasi dalam talian untuk orang ramai memuat naik foto sebagai bukti kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pemandu mahupun penunggang motosikal.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk V Valluvan Veloo, berkata, langkah ini diambil bagi memudahkan orang ramai membantu agensi terbabit bagi menangkap pesalah jalan raya. Walau bagaimana pun, ia tidak tertakluk pada menggunakan lorong kecemasan semata-mata, sebaliknya juga termasuk kesalahan-kesalahan lain seperti penggunaan cermin gelap atau kenderaan yang dimodifikasi tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

“Pegawai kami tidak boleh berada di semua tempat untuk memantau, justeru kami sangat mengalu-alukan bukti berfoto daripada orang awam. Walau bagaimana pun, si penghantar bukti juga perlu memastikan dia tidak melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya,” ujarnya kepada The Star.

Valluvan turut menegaskan, pemandu kenderaan sama sekali tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu termasuk merakamkan foto, dan tugas itu perlu dilakukan oleh penumpangnya.

Katanya lagi, sebanyak 70% informasi tentang penyalahgunaan lorong kecemasan adalah disalurkan oleh pengguna jalan raya. Malah ia sangat membantu pihak JPJ untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap si pesalah.

Beliau turut mengulas mengenai isu salah seorang pegawai JPJ yang didapati melakukan kesalahan apabila menggunakan telefon bimbit sewaktu sedang memandu, dan foto terbabit dirakamkan oleh seorang pengguna jalan raya serta menjadi viral di Internet.

Katanya, pegawai terbabit telah dikenakan saman kompaun serta ditukarkan ke cawangan lain serta diambil tindakan tatatertib oleh lembaga disiplin JPJ untuk tindakan selanjutnya.

Sementara menantikan aplikasi tersebut siap sepenuhnya dan boleh digunakan, orang ramai boleh menghantar foto bukti kesalahan lalu lintas ini menerusi e-mel [email protected], lengkap dengan maklumat termasuk masa, lokasi dan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required