Mitsubishi lancar pusat 4S terbaharu di Kuala Lumpur

mitsubishi-motors-3s-centre-body-paint-sing-kwung-jidosha-2

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasminya melancarkan pusat 4S (Jualan, Servis, Alat Ganti dan Mengecat) terbaharu mereka di No.44, Jalan Chan Sow Lin, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Pusat yang dimiliki oleh pengedar bertauliah Sing Kwung Jidosha Sdn Bhd berkenaan merupakan outlet ke-55 Mitsubishi di Malaysia.

Selain dari bilik pameran, premis yang di bina di atas tapak berkeluasan 30,000 batu persegi dengan pelaburan sebanyak RM 1.5 juta tersebut turut dilengkapi tujuh ruang servis dengan enam hoist yang membolehkan maksimum 24 buah kereta diservis dalam satu hari. Setiap pelanggan yang datang untuk menservis kenderaan mereka turut akan diberikan cucian kereta secara percuma.

Sesuai dengan status 4S, pusat baharu ini juga dilengkapi dengan kelengkapan mengetuk dan mengecat badan kenderaan serta perkhidmatan menukar cermin hadapan. Pusat ini turut menyediakan perkhidmatan untuk menyelesaikan tuntutan insuran bagi pelanggan yang terlibat dalam kemalangan.

mmm_csl

“MMM berbangga dengan pelancaran rasmi Sing Kwung Jidosha, di Kuala Lumpur. Sing Kwung Jidosha telah memulakan kerjasama perniagaan mereka bersama Mitsubishi Motors sejak 2013 dengan bilik pameran pertama mereka di Melaka. Dengan pencapaian yang kuat Sing Kwung Jidosha di bahagian selatan, kami percaya mereka akan lebih kuat di Kuala Lumpur,” kata Yang Won-Chul, CEO MMM.

Sempena pembukaan pusat 4S baharu ini, pelawat dan pelanggan yang berkunjung berpeluang untuk mengambil bahagian dalam peraduan ‘Kira dan Menang’ yang diadakan dari 21 hingga 25 September, di mana mereka perlu meneka jumlah belon yang dimuatkan dalam Triton adventure X Fullbox.

Dalam tempoh berkenaan juga, pelanggan Mitsubishi turut akan ditawarkan dengan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan secara percuma termasuk pemeriksaan pada sistem brek serta pusingan kedudukan tayar. Pelanggan juga turut akan menikmati diskaun sehingga 15% untuk alat ganti terpilih dan diskaun sehingga 20% untuk upah kerja pembaikan badan dan cat kenderaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required