ford-ranger-jet-6-bm

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) dengan kerjasama radio hitz.fm dari Astro Radio Group menganjurkan Cabaran 24 jam bagi model Ford Ranger, yang dikendalikan oleh pasukan Hitz Ford Cruiser saluran radio berkenaan. Bermula 11 pagi semalam, mereka menggalas dan perlu mengatasi lima cabaran yang menguji ketangkasan dan kemampuan trak pikap berkenaan.

Kemuncak kepada cabaran ini ialah aktiviti yang menyaksikan Ford Ranger digunakan untuk menunda sebuah jet Aero L-39 Albatros dengan berat kira-kira 3 tan. Bertempat di RAC Hanger Subang Skypark pagi ini, ia merupakan cabaran terakhir yang perlu dihadapi oleh Ford Ranger bagi aktiviti berkenaan.

ford-ranger-jet-4-bm

Dalam tempoh 24 jam bermula 11 pagi semalam, Ford Ranger yang digunakan oleh pasukan Hitz Ford Cruiser itu menjelajah ke beberapa lokasi seluruh semenanjung, antaranya Ipoh, Pulau Pinang dan hutan simpan Belum sebelum ke Kelantan, Kuantan dan kembali semula ke Lembah Klang.

Lima cabaran diselesaikan sepanjang perjalanan berkenaan. Selain ujian endurans 24 jam tanpa henti, Ford Ranger turut digunakan untuk ujian meruntuhkan dinding bata, membawa beban 1,008 minuman dalam tin untuk diedarkan kepada pendengar radio berkenaan serta laluan merentasi air di Ulu Tamu, Batang Kali awal pagi ini. Kemuncaknya ialah trak berkenaan menarik sebuah jet sebenar.