Nissan Skyline GT-R R33, R34 M Spec Nür dan GT-R R35 dipamerkan di bilik pameran ETCM Jln Raja Laut

04_gt-r-heritage-exhibition_right-view

Sempena tema sukan permotoran, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) kini mengadakan GT-R Heritage Exhibition di bilik pameran Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bermula 23 September hingga 2 Oktober.

Jika anda seorang peminat sukan permotoran, mengapa anda perlu ke pameran ini? Nissan bukan sahaja mempamerkan model lagenda Skyline GT-R R33 dan GT-R R35, malah mereka turut membawa sekali model yang sangat terhad iaitu Skyline GT-R R34 M Spec Nür!

Lagenda Skyline bermula pada 1964 apabila Shinchiro Sakurai atau dikenali sebagai “Father of Skyline” menyumbat enjin enam selinder sebaris pada Skyline – digelar 2000GT – yang ketika itu merupakan sebuah sedan keluarga, seterusnya menewaskan sebuah Porsche 904 di litar Fuji Speedway.

Generasi pertama GT-R hadir pada tahun 1969 menerusi model KPGC10 Skyline GT-R atau lebih dikenali sebagai ‘Hakosuka GT-R’, dijana enjin S20 2.0 liter enam silinder DOHC dengan tiga karburator perlumbaan. Ia kemudian disambung oleh model KPGC110 ‘Kenmeri’ Skyline GT-R pada tahun 1972 menggunakan enjin yang sama, tetapi produksinya terpaksa dihentikan dalam masa yang singkat kerana krisis bahan api yang melanda pada era tersebut (hanya 197 unit dihasilkan, menjadikan ia GT-R paling rare dalam sejarah!).

Lagenda GT-R diteruskan pada model R32 Skyline GT-R pada tahun 1989. R32 merupakan era bermulanya Skyline GT-R digelar sebagai ‘Godzilla’ kerana model yang menggunakan enjin 2.6 liter turbo berkembar RB26DETT dan dipadankan dengan sistem pacuan empat roda berkenaan dilihat mustahil untuk ditewaskan oleh jentera lain dalam Australian Touring Car Championship (ATCC) setelah menjuarai kejohanan tersebut tiga tahun berturut-turut dari 1990 hingga 1992, dan kesudahannya ia diharamkan terus dari kejuaraan itu.

Penggunaan enjin RB26DETT dan sistem pacuan empat roda Attesa ETS-Pro diteruskan pada model generasi berikutnya iaitu R33 dan R34, dan kesemua model ini terus menyinar dalam pelbagai perlumbaan di seluruh Jepun dan dunia, menjadikan GT-R kekal sebagai ikon sukan permotoran dari Nissan

Skyline GT-R R34 M Spec Nür yang dipamerkan ini adalah model produksi terakhir R34 yang dihasilkan pada tahun 2002, dan diproduksi hanya 250 unit. M Spec (M merujuk kepada Kazutoshi Mizuno – Ketua Jurutera pembangunan GT-R) dilengkapi sistem suspensi dengan ‘ripple control‘, bar anti-oleng belakang lebih keras serta upholsteri balutan kulit.

Nür pada nama model ini pula merujuk kepada litar The Green Hell Nürburgring, Jerman di mana Skyline GT-R di uji dan dibangunkan. Oleh itu, model edisi terhad ini dilengkapi dengan enjin RB26DETT versi perlumbaan N1 yang disuap oleh pengecas turbo lebih besar, dan bahagian dalaman enjin ini mampu untuk menahan kuasa sehingga 450 hp dengan talaan tekanan boost lebih tinggi.

08_nissan-skyline-gt-r-r34

Kuasa standard ketika ia dibilik pameran terpaksa dihadkan pada tahap 280 hp atas tuntutan ‘Gentlemen Agreement’ antara pengeluar automotif di Jepun pada ketika itu, dimana kuasa sebenar model ini dikhabarkan pada tahap 330 hp.

R35 GT-R muncul buat pertama kali di Tokyo Motor Show 2007, di mana nama ‘Skyline’ digugurkan buat pertama kali, untuk menjadikan ia sebagai sebuah model sports sebenar, memisahkannya dengan model Skyline yang turut mempunyai varian sedan keluarga dan SUV Crossover.

Model ini dikuasakan dengan enjin V6 3.8 liter turbo berkembar VR38DETT berkuasa 480 hp, dipadankan dengan kotak gear klac berkembar enam-kelajuan, serta sistem pacuan semua roda masih dikekalkan. Kecermerlangan dalam sukan bermotor masih diteruskan pada model ini, di mana ia ia telah menjuarai Kejohanan Super GT500 dua tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2011 dan 2012.

Dalam tema sukan permotoran ini juga, ETCM turut menyampaikan hadiah berupa perjalananan yang ditaja sepenuhnya untuk menyaksikan perlumbaan Super GT 2016 pusingan ketujuh di Litar Buriram, Thailand. Lima pemenang sudah dipilih yang terdiri daripada pembeli kenderaan Nissan baharu yang didaftarkan sepanjang Ogos lalu, dan menyertai pertandingan menulis kapsyen ini di laman Facebook Nissan Malaysia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required