MBPJ bakal ambil tindakan tegas terhadap peniaga yang bolot parkir awam demi kepentingan peribadi

Public-Parking-Lots

Majlis (MBPJ) Bandaraya Petaling Jaya telah menyatakan pendirian bakal mengambil tindakan yang tegas terhadap peniaga yang membolot atau mempergunakan parkir awak di kawasan perdagangan tidak lama lagi.

Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya Mohd Azizi Mohd Zain, MBPJ tidak akan teragak-agak untuk membuang atau merampas barangan yang diletakkan di kawasan parkir tersebut, laporan The Star.

“Kami akan merampas barangan milik peniaga yang didapati melakukan kesalahan ini. Malah jika didapati mereka mengulangi kesalahan yang sama, kami mungkin akan membatalkan lesen perniagaan mereka,” tegas Mohd Azizi.

Beliau turut berkata, mana-mana peniaga yang mahu menyewa ruang parkir awam untuk kegunaan persendirian haruslah memohon kebenaran daripada MBPJ dan ruang parkir tersebut akan diwarnakan merah jika permohonan tersebut diluluskan.

“Saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa ruang parkir awam di bandar ini adalah milik MBPJ dan tiada siapa yang boleh mempergunakannya bagi tujuan peribadi tanpa kebenaran,” ujarnya bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli majlis MBPJ Derek Fernandez yang mempersoalkan ruang parkir ini disalah guna oleh para peniaga.

“Kebanyakan tempat khususnya kawasan komersil, kita dapat lihat para peniaga meletakkan kotak, kerusi, kon dan pelbagai barang di ruang parkir. Dan perkara ini seharusnya ditangani dengan secepat mungkin,” ujar Fernandez.

Malah, beliau turut menggesa agar pegawai penguatkuasa kerap melakukan rondaan di kawasan sekitar dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk mengeluarkan kompaun terhadap peniaga yang melakukan kesalahan ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required