SPYSHOT: Honda Jade facelift bocor sebelum penampilan pertama – pilihan enjin mungkin ditambah

Terima kasih kepada CarNewsChina, kita sekarang dapat melihat Honda Jade facelift yang tidak lama lagi akan diperkenalkan. MPV ini, yang dibangunkan menggunakan platform Stream ditampilkan buat pertama kali di China pada tahun 2013 dan ia dikilangkan oleh Dongfeng Honda.

Bagi model facelift ini, antara bahagian barunya adalah bampar hadapan, kemasan lampu kabus serta gril, yang mempunyai unsur krom menghubungkan kedua-dua belah lampu. Untuk lampu kabus, kelilingnya kini menggunakan kemasan krom empat segi, berbanding trapesium pada model sekarang. Pembuka pintu pula kini berwarna sama seperti badan, dan tidak lagi berwarna krom.

Di bahagian belakang, Jade facelift mendapat bampar baru yang menempatkan dua muncung ekzos dengan kemasan krom keliling. Turut dilihat adalah rim baru yang melengkapkan penampilannya.

Di China, Jade ditawarkan dengan enjin 1.8 liter i-VTEC berkemampuan 139 hp dan 174 Nm tork, dan ia dijangka digunakan lagi untuk model baru ini. Berkemungkinan, enjin tambahan baru yang akan diguna adalah 1.5 liter turbo (148 hp/ 203 Nm) seperti yang ditawarkan pada Jade RS spesifikasi Jepun.

GALERI: Honda Jade RS spesifikasi Jepun sekarang

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required