Volkswagen Beetle Dune 1.8 TSI dikesan di oto.my, harga RM200k – dilancarkan di M’sia tidak lama lagi?

beetle-dune-oto-my_

Model semasa bagi Volkswagen Beetle telah lama berada di Malaysia, dan terdapat perkhabaran yang mengatakan Beetle Dune sedang menuju ke negara kini, diikuti dengan varian edisi terhad Beetle Bug dan Beetle Club. Harga yang disenaraikan menerusi laman web oto.my ialah RM200,000, dengan tawaran diskaun sehingga RM179,888 bagi Beetle 1.4 TSI dan RM219,888 bagi Beetle 2.0 TSI.

Beetle Dune yang dipaparkan menerusi foto di sini ternyata memiliki gaya yang lebih komprehensif berbanding edisi Bug dan Club, yang diubah secara kosmetik daripada model 1.2 TSI.

Menurut yang tersenarai di dalam Oto.my, dengan enjin 1.8 liter pengecas turbo dengan kuasa 170 PS, pada dasarnya adalah sama dengan penjana kuasa bagi B7 Passat – berbanding 1.2 liter, 1.4 liter dan 2.0 liter TSI bagi varian Dune untuk pasaran luar.

Jarak kelegaan tanah bagi Beetle Dune juga telah dipertingkatkan sebanyak 10 mm, juga telah direka semula bahagian bampar, pelapik plastik berwarna hitam, skid plate rona perak, spoiler belakang dengan dua-tona, roda aloi lima jejari dan jaluran sisi dengan perkataan Dune. Di dalamnya ditampilkan tempat duduk sport dengan jahitan kontras, roda stereng, tuil brek tangan dan lain-lain elemen yang sama dengan warna badannya.

Adakah dengan hebahan ini menandakan Beetle Dune bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi? Nantikan perkembangan selanjutnya dari kami sekiranya ada.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required