Petronas Dynamic Diesel Euro5 BM 011

Baru sahaja naik awal bulan ini (Oktober), sekali lagi harga jualan bahan api meningkat bermula bulan November 2016 (dalam masa beberapa jam sahaja lagi).

Bermula 1 November 2016, RON 95 akan dijual kepada pelanggan pada harga RM1.95 bagi setiap liter (peningkatan 15 sen berbanding harga Oktober 2016), RON 97 pada RM2.30 seliter (meningkat 15 sen), diesel pada RM1.90 (meningkat 15 sen) dan Diesel Euro 5 RM2.00 seliter (meningkat 15 sen).

Sebagai perbandingan, dua bulan lalu, (September 2016), RON 95 dijual pada harga RM1.70, RON 97 RM2.05, diesel RM1.70 dan diesel Euro 5 RM1.80.