Mana mungkin halang pemandu Grab, Uber daripada ambil dan turunkan penumpang di lokasi tertentu

Big-Blue-Taxi-01

Adalah langkah kurang bijak bagi mana-mana hotel atau premis-premis perniagaan lain jika mereka tidak membenarkan pemandu Uber atau Grab daripada mengambil atau menurunkan penumpang di tempat mereka.

The Sun melaporkan – susulan daripada dakwaan yang dibuat oleh pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail sebelum ini bahawa syarikatnya diberikan “kontrak” eksklusif untuk beroperasi dibeberapa tempat – ia sesuatu yang akan merugikan premis terlibat memandangkan tiada satu pun syarikat yang mampu menawarkan semua perkhidmatan seperti yang diperlukan pelanggan.

Shamsubahrin mendakwa Zalnas Limousine Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Naza Group, mempunyai perjanjian eksklusif dibeberapa kawasan dan premis dan hak berkenaan diberikan (sub-cntracted) kepada syarikatnya.

Ketika diminta untuk mengemukakan dokumen perjanjian berkenaan, Shamsubahrin menyerahkan salinan surat daripad Zalnas. Surat berkenaan, yang ditandatangani oleh Naib Presiden, Suradi Haji Sulaiman, menyatakan bahawa teksi dari Big Blue dan lima syarikat lain boleh mengambil penumpang dari beberapa hotel.

Namun, beliau gagal mengemukakan perjanjian atau kontrak dengan hotel yang dinyatakan, sebaliknya menunjukkan invois yang dikenakan kepada syarikat teksi bagi mendapatkan pelekat khas dengan kos RM400.

Ritz Carlton Kuala Lumpur, salah satu hotel yang dinyatakan oleh Shamsubahrin, menyanggah dakwaan itu. “Kami boleh mengesahkan tidak pernah ada perjanjian eksklusif antara Ritz Carlton dan Big Blue Taxi,” jelas jurucakap hotel berkenaan, Natalie Hay.

Begitu juga dengan Sunway Putra Hotel. Pengurus Besarnya, Christopher Bong menyatakan hotel berkenaan pula ada perjanjian dengan Prestigelimo, syarikat yang dimiliki oleh Naza Ventures Holdings Sdn Bhd, yang menyediakan perkhidmatan limosin.

Bagaimanapun, Bong menekankan, hotel berkenaan tidak pernah menghalang pelanggan mereka daripada menggunakan mana-mana perkhidmatan pengangkutan lain yang mereka inginkan. “Kami tiada masalah dengan Grab dan Uber,” ujarnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required