PDRM rekod 6,706 kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun lalu – purata 18 maut sehari

Crash-accident-collision

Menurut laporan yang disiarkan oleh The Sun, sebanyak 6,706 kematian akibat kemalangan jalan raya berlaku di Malaysia pada tahun lalu, dengan purata 18 orang maut dalam sehari. Angka yang direkodkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ini dalah berdasarkan beberapa kempen keselamatan jalan raya yang dijalankan termasuk Ops Selamat.

Dalam “Laporan Statistik Kemalangan Jalan Raya 2015” yang dikeluarkan baru-baru ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mahamad Akhir Darus berkata sebanyak 489,696 kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku pada tahun lalu, iaitu meningkat sebanyak 2.8% berbanding tahun 2014.

Walau bagaimana pun, kadar kematian dan kecederaan dilaporkan menurun sebanyak 7.3% berbanding tahun 2014. Di mana sebanyak 6,706 kematian berlaku pada tahun 2015 iaitu majoritinya melibatkan penunggang motosikal (3,816) dan penumpang motosikal (387), dan 11,550 melibatkan kecederaan yang disebabkan faktor kecuaian manusia.

Mengikut rekod berikut, individu yang berumur di antara 16 hingga 20 tahun mencatatkan jumlah kemamatian tertinggi dengan 934 kes, diikuti dengan umur antara 21 hingga 25 tahun (828 kes), 26 hingga 30 tahun (641), 31 hingga 35 tahun (579), selebihnya berusia 36 tahun ke atas.

Sand lorry Jalan Duta accident 3

Mahamad Akhir turut berkata Johor mencatatkan jumlah tertinggi bagi kemalangan jalan raya iaitu melibatkan 1,040 kes, meningkat sebanyak 22 berbanding tahun sebelumnya. Diikuti dengan Selangor sebanyak 1,028 kematian, kurang 40 berbanding tahun 2014.

Sementara itu, daerah yang mencatatkan angka tertinggi kematian akibat kemalangan jalan raya iaitu Batu Pahat (191), Kuantan (155), Ipoh (145), Kuala Muda (121), Seberang Prai tengah (118), Kajang dan Melaka Tengah (masing-masing 110). Malah Batu Pahat juga didapati sebagai jalan raya yang paling tidak selamat pada tahun 2015, walau pun jumlah kecederaannya berkurangan ke 347, berbanding 594 pada tahun 2014.

Manakala jumlah tertinggi bagi kemalangan jalan raya mencatatkan Petaling Jaya dengan 25,635 kes, diikuti dengan bahagian utara di Pulau Pinang (14,696), selatan Johor Bahru (14,642), Shah Alam (14,562), Ipoh (14,260), Kajang (14,133) dan Kelang selatan (13,060).

Jalan luar bandar didakwa sebagai kawasan kemalangan tertinggi iaitu 3,731, diikuti dengan kawasan bandar (1,277), pekan kecil (827) dan bandar besar (408). Laporan ini turut mendedahkan, bulan Julai mencatatkan jumlah tertinggi bagi kemalangan jalan raya bagi tahun 2015 dan 2014, iaitu sepanjang musim Hari Raya. Malah bulan tersebut juga menyaksikan jumlah tertinggi bagi kemalangan jalan raya tahun lalu iaitu sebanyak 43,892 kes.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required