Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bakal dibina dan dibiayai oleh China, mula awal 2017

hitachi bullet train

Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620 km, iaitu projek di bawah Pelan Malaysia Ke-11, telah dimuktamadkan akan dibina dan dibiayai oleh China. Pengesahan ini dibuat oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar pada pihak media sejurus ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke China hari ini.

Beliau berkata, kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPC) dan rangka kerja pembiayaan akan dimeterai dalam lawatan rasmi tersebut. Di mana kontrak EPC tersebut akan dianugerahkan kepada China Communication Construction Company Ltd (CCCC), sementara perjanjian kewangan pula dimeterai bersama Export-Import Bank of China (EXIM), laporan News Strait Times.

“Pelabur China juga akan melabur di Malaysia dengan membuka pekan kecil seperti Mentakab, Dungun dan sehingga ke Tumpat,” ujarnya kepada pihak media.

Katanya lagi, dengan adanya ECRL ia akan membuatkan produk dari Pantai Timur lebih kompetitif memandangkan kos pengangkutan yang lebih murah, sekaligus menjana pendapatan industri dan perniagaan yang berlokasi di sepanjang laluan rel terbabit.

Keputusan mendapatkan sumber kewangan dari China dilakukan berdasarkan tawaran yang menguntungkan. Beliau turut berkata, “Jika meminjam dari pasaran antarabangsa, kita tidak akan mendapat kadar faedah yang rendah seperti mana yang ditawarkan oleh China. Walau bagaimana pun, kita masih belum memutuskan (secara terperinci), tetapi kita akan mendapat kadar yang cukup kompetitih dan tempoh bayaran balik dijangka dalam masa 20 tahun.”

Sambungnya lagi, kerajaan berharap untuk membuat keputusan terakhir mengenai ECRL selewat-lewatnya hujung 2016 supaya pembinaan projek ini boleh dimulakan pada awal tahun hadapan..

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required