Perkhidmatan NGV bakal pulih 2 bulan lagi – menteri

Petronas

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Abdul Rahman Dahlan telah mengeluarkan kenyataan berhubung dengan penutupan sementara perkhidmatan tenaga gas asli (NGV) di 67 stesen Petronas di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor. Katanya, perkhidmatan NGV di stesen berkenaan dijangka beroperasi semula dalam tempoh sebulan hingga dua bulan lagi.

“Dakwaan yang mengatakan perkhidmatan NGV tersebut dihentikan, adalah tidak benar sama sekali. Penutupan sementara perkhidmatan itu adalah bagi membolehkan penambahbaikan standard keselamatan di stesen PETRONAS yang menawarkan perkhidmatan NGV,” ujarnya di Dewan Rakyat, menerusi laporan yang disiarkan oleh Berita Harian.

Sambungnya lagi, setakat ini, 61 daripada 128 stesen Petronas yang menawarkan perkhidmatan NGV masih beroperasi, selain penutupan sementara tidak membabitkan bahan api alternatif lain seperti petrol. Justeru, pemandu kenderaan masih boleh mendapatkan bekalan NGV di kesemua 61 stesen yang masih beroperasi dan maklumat mengenai perkara ini akan diuar-uarkan oleh Petronas Dagangan dari semasa ke semasa.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required