Volvo XC90 merupakan sebuah SUV tujuh tempat duduk sebenar dengan teknologi plug-in hibrid. Selain Sweden, ia kini dipasangkan di Malaysia; kita menjadi satu-satunya negara di dunia (selain negara pengeluarnya) yang mengilangkan dan memasang model ini.

Apa yang menarik tentang SUV ini? Terlalu banyak jika ingin disenaraikan. Dalam penjelasan mudah, ia merupakan sebuah kenderaan dengan teknologi termaju dihasilkan oleh Volvo, yang mana kemudiannya ciri serta teknologi itu dipindahkan pula untuk melengkapi kenderaan generasi baharu Volvo.

Di pasang di Shah Alam, ia juga sudah mula dieksport ke pasaran luar, terutamanya Thailand. Di dalam video ringkas ini, kami tumpukan kepada beberapa ciri dan sisi menarik yang ada pada SUV Volvo XC90 ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, silakan menonton.