1.2 juta penunggang motosikal tiada lesen – Ab Aziz

sym-sport-rider-125i-29-bm

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi telah mengeluarkan kenyataan bahawa dianggarkan seramai 1.2 juta individu di negara ini menunggang motosikal tanpa memiliki lesen yang sah. Anggaran itu berdasarkan antara lapan hingga 10% daripada 15 juta penduduk yang layak memiliki lesen menunggang motosikal iaitu kira-kira separuh daripada 30 juta penduduk Malaysia.

Menurut laporan yang disiarkan oleh Berita Harian, mengikut perangkaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hanya 7.6 juta penduduk memiliki lesen motosikal dan ini bermakna kira-kira 50% yang berumur 16 tahun ke atas memiliki lesen berkenaan.

“Menurut rekod JPJ, sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 12,089,747 motosikal berdaftar di jalan raya. Walau bagaimana pun, hanya 7.6 juta penunggang motosikal berlesen tercatat dalam rekod JPJ,” ujarnya bagi menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Johari ingin mengetahui jumlah motosikal berdaftar di jalan raya ketika ini dan jumlah penunggang yang tidak mempunyai lesen menggunakan motosikal. Selain ingin mengetahui pelaksanaan kursus pemanduan yang diseliakan oleh JPJ.

Ab Aziz turut berkata, berdasarkan kawalan harga siling ditetapkan, kos pengambilan lesen bukan faktor utama penduduk menunggang motosikal tanpa lesen, sebaliknya lebih kepada sikap dan tahap kesedaran mereka mengenai bahaya menunggang tanpa lesen.

Menjawab soalan tambahan Johari, Ab Aziz berkata, JPJ melaksanakan kursus pemanduan selama 22 jam secara berperingkat. “Tempoh kursus itu meletakkan Malaysia antara negara paling singkat dari segi tempoh masa menjalankan kursus berbanding Singapura selama 42 jam dan China (72 jam),” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • ABeLim on Nov 09, 2016 at 5:39 pm

    Sebabnya sekarang semua orang cari duit lepas pencen dengan buka akademik pemanduan. Semua perlukan duit kalau dulu cukup sekadar bayar duit untuk pengeluaran lesen L sahaja dalam RM20 sudah boleh dapat lesen L. Tapi semenjak 2013 lesen L hanya dihadkan untuk tempoh 2 tahun dan sekiranya tidak menduduki ujian motorsikal dalam tempoh berkenaan, lesen L akan terbatal dan perlu duduk semula ujian undang undang untuk dapatkan L termasuk mereka yang sudah punyai lesen C,D,E atau F. dan yang bertahun tahun yang tidak pernah miss perbaharui setiap 3 atau 6 bulan. Cakap cakap harga bukan persoalan hanya sebagai penghias kata pak menteri sahaja. jikalau lesen L dipanjangkan tempoh hayatnya atau selagi masih memiliki lesen sah yang lain (C,D,E,F) terutama rider otai, jumlah penunggng tidak berlesen saya rasa tidak timbul.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required