Sempena perayaan Tahun Baru Cina 2017 yang bakal tiba, Honda Malaysia mengadakan kempen keselamatan dengan kerjasama Petron – pemeriksaan 32-poin bagi semua kenderaan tanpa mengira jenama.
Individu yang akan memeriksa kenderaan terbabit akan meninjau antaranya tahap bendalir pada kenderaan, lampu serta beberapa fungsi serta komponen penting lainnya. Senarai lengkap pemeriksaan yang ditawarkan boleh dirujuk pada gambar dan rajah visual seperti di atas.
Pengguna yang mengambil bahagian di dalam pemeriksaan ini juga akan menerima hadiah cenderahati daripada Honda dan Petron, sementara stok masih ada – turut menanti ialah hadiah eksklusif bagi pemilik kenderaan Honda yang menghantar kenderaan mereka.
Pemeriksaan ini akan berlansung di stesen Petron Bandar Baru Pasir Pekan, Kelantan dan Kampung Melayu di Johor bermula 19 hingga 21 Januari ini. Lokasi lain ialah di Petron Jalan Tengah di Pulau Pinang, Subang Parade, Persiaran Bandar Utama dan Jalan Bundusan, Sabah dari 20 hingga 22 Januari. Pada tarikh sama, turut akan diadakan pemeriksaan di Petron Giant Stutong di Kuching.


Honda Prelude
dari RM 278,000
Honda HR-V
dari RM 115,900
Honda e:N1
dari RM 149,900
Honda Civic
dari RM 133,900
Honda City Hatchback
dari RM 85,900
Honda CR-V
dari RM 178,200
Honda Civic Type R
dari RM 399,900
Honda City
dari RM 84,900
Honda WR-V
dari RM 89,900