Yamaha FZ250 dilancar di India – harga RM7,797

Yamaha FZ250 dilancar di India – harga RM7,797

Selepas mengeluarkan gambar teaser, Yamaha India akhirnya melancarkan model naked FZ250 untuk pasaran di sana. Ini adalah pelancaran pertama bagi FZ250, namun ia sebelum ini pernah dipertontonkan di Brazil, dan mungkin akan dilancarkan juga di sana tidak lama lagi.

FZ250 menggunakan enjin BLUE CORE satu silinder 249 cc SOHC berpenyejukan udara yang dipadankan bersama transmisi lima kelajuan dan ia mampu menghasilkan sehingga 20.9 hp pada 8,000 rpm dan 20 Nm pada 6,000 rpm. Enjin ini menggunakan sistem suntikan bahan api.

Kuasa yang dihasilkan dapat dinikmati dalam satu pakej motosikal yang lincah kerana FZ250 mempunyai berat hanya 148 kg dan ergonomik yang disediakan memudahkan penunggang mengawal motosikal.

Yamaha FZ250 dilancar di India – harga RM7,797

Untuk bahagian depan, FZ250 menggunakan kombinasi fork teleskopik 41 mm, brek cakera 282 mm, rim 17 inci dan tayar bersaiz 100/80 manakala di belakang pula terdapat lengan ayun bersama penyerap monoshock, brek cakera 220 mm, rim 17 inci dan tayar bersaiz 140/70. Motosikal ini walaubagaimanapun tidak dilengkapi dengan ABS dan model yang mempunyai ciri itu mungkin akan diperkenalkan pada masa hadapan.

Motosikal yang akan memberi saingan kepada model seperti KTM Duke 200, Mahindra Mojo, Bajaj Pulsar NS200 dan Honda CBR250R di India ini turut dilengkapi dengan lampu jenis LED di hadapan dan belakang, ekzos jenis pendek serta tempat duduk berasingan dengan penumpang belakang.

Tiga warna ditawarkan untuk FZ250 di India, terdiri daripada hitam, putih dan biru. Ia akan mula dijual bermula pada bulan Februari pada harga 119,500 rupee, bersamaan RM7,797.

Bagaimana untuk pasaran Malaysia? Adakah anda rasa ia patut dibawa masuk dan bolehkah ia bersaing dengan model yang ada di pasaran sekarang?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Azizi ezwan on Jan 31, 2017 at 5:01 pm

    Malaysia price dapat ke harga tu?

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Hai kalau harga tu, collapse lah pasaran moto Malaysia. Ini realiti percukaian kenderaan bermotor Malaysia.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Muhammad on Sep 01, 2018 at 3:40 pm

    Seriously, ni lagi power dari mana2 motor yang sama kelas. Kuasa pecutan boleh tinggal motor top speed yang tinggi at least 30 saat. Pastu kene potong.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Velan on Feb 07, 2019 at 8:07 pm

    Wow bestnya klau msk malysia…untung dan ctik

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Charles on Apr 12, 2019 at 2:06 pm

    Yang Fz25 lebih baik atau Fz150i?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Ganesh on Jul 03, 2019 at 12:11 pm

    Kalau Ada Kat Malaysia.Aku Mmg Akan Beli….Aku Ni Peminat Setia Fz..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • V Vicknesvaran Viswalingam on Apr 19, 2023 at 11:16 am

    Motor patut bawa dalam Malaysia…. oleh Modenas Malaysia…. dengan harga jang melebihi RM8500.00

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • V Vicknesvaran Viswalingam on Apr 19, 2023 at 11:16 am

    Motor patut bawa dalam Malaysia…. oleh Modenas Malaysia…. dengan harga jangan melebihi RM8500.00

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required