Mazda 2 2017 – tambah G-Vectoring untuk Thailand

Mazda 2 2017 – tambah G-Vectoring untuk Thailand

Kemaskini yang minima telah diberikan kepada Mazda 2 di Jepun (di sana dikenali sebagai Demio) pada Oktober lalu, kini telah tiba di Thailand, di mana Mazda 2 2017 di sana dijual dalam pilihan hatchback dan sedan.

Hanya sedikit perubahan pada bahagian luaran dan dalaman untuk model 2017 ini, yang boleh dilihat menerusi jaluran krom pada perumah lampu kabus hadapan. Di dalamnya, varian spesifikasi tertinggi menerima peningkatan paparan utama Active Driving Display dan kekemasan kulit coklat pada papan pemuka dan pintu, dipadankan bersama lingkaran tembaga pada corong pendingan hawa.

Menurut pemandu residen Mazda 2 kami Gerard Lye, roda stereng juga didatangkan dengan rekaan baharu, begitu juga dengan kluster instrumen dengan grafik yang dipertingkatkan dan ada antena sirip jerung pada bumbung. Kini, “kualiti mewah Eropah” seperti yang didakwa oleh Mazda Thailand, nampak lebih tebal, namun mengikut keadaan kabin yang diperkemaskinikan nampak cukup mempersona, untuk sebuah kereta untuk saiz dan harga sebegini.

Tiada perubahan bagi penjana kuasanya. Mazda 2 merupakan kereta eco di Thailand, kini dengan enjin petrol 1.3 liter (93 hp/123 Nm) atau turbodiesel 1.5 liter (105 hp/250 Nm). Kedua-dua enjin SkyActiv ini dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan. Peningkatan termasuklah respons yang lebih bagus untuk diesel dan menambah baik NVH.

Mazda 2 kini turut didatangkan dengan sistem G-Vectoring Control untuk memodulasikan tork enjin bagi mengoptimakan beban menegak pada setiap roda, dan mempertingkatkan respons stereng dan kestabilan. Selepas Mazda 3, ia merupakan model kedua di Thailand yang menerima perisian ini, yang akan diaplikasikan untuk semua.

Harga di Thailand juga telah meningkat, antara dari 1,000 baht hingga 28,000 baht. Kini harganya dari 530,000 baht (RM67,331) hingga 789,000 baht (RM100,250). Tiada perbezaan harga antara hatchback dan sedan, tetapi varian diesel adalah lebih mahal. Model ini juga dijangka akan tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required