BMW Group Malaysia perkenalkan Program Full Circle untuk X1 sDrive20i, 530i M Sport – bayaran bulanan lebih berpatutan, tempoh pinjaman lebih pendek

BMW Group Malaysia perkenalkan Program Full Circle untuk X1 sDrive20i, 530i M Sport – bayaran bulanan lebih berpatutan, tempoh pinjaman lebih pendek

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan Program Full Circle oleh Credit Malaysia, satu bentuk pembiayaan baharu dan eksklusif untuk pelanggan Program Korporat BMW sedia ada. Ia menawarkan lebih fleksibiliti dengan pilihan pembayaran yang luas. Ia dapat memastikan nilai kenderaan pada masa depan serta ketenangan minda apabila pelanggan korporat sedia ada membeli BMW X1 sDrive20i dan BMW 530i M Sport serba baharu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Dengan Program Full Circle BMW, kami kini boleh merevolusikan program pembiayaan untuk menawarkan pengalaman pemilikan lebih baik kepada pelanggan korporat BMW yang sedia ada dan akan datang.”

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Credit Malaysia, Tobias Eismann pula, “Program Full Circle BMW menawarkan pelanggan BMW dan MINI di Malaysia dengan program pembiayaan yang lebih moden dan progresif. Menerusi program ini, kita juga boleh berkongsi kemudahan dan akses mudah terhadap mobiliti BMW yang sangat dinamik serta berorientasikan pelanggan dan masa depan.”

BMW Group Malaysia perkenalkan Program Full Circle untuk X1 sDrive20i, 530i M Sport – bayaran bulanan lebih berpatutan, tempoh pinjaman lebih pendek

Direka untuk meningkatkan fleksibiliti dan jaminan kepada pelanggan Program Korporat BMW, program pembiayaan yang boleh diubah suai ini menawarkan pilihan pembayaran yang luas berdasarkan kepada bajet serta pengalaman pelanggan. Diikuti dengan pelan-pelan fleksibel yang menawarkan bayaran bulan yang berpatutan dan tempoh pinjaman lebih pendek.

Program Full Circle BMW daripada BMW Credit bermula dari RM2,258 sebulan untuk BMW X1 sDrive20i dan dari RM3,588 sebulan untuk BMW 530i M Sport. Ia juga menjanjikan pengalaman pemilikan yang menenangkan minda, proses yang mudah dan menjamin nilai kenderaan BMW pada masa depan, apabila ia dibeli melalui program ini.

BMW Group Malaysia perkenalkan Program Full Circle untuk X1 sDrive20i, 530i M Sport – bayaran bulanan lebih berpatutan, tempoh pinjaman lebih pendek

Ia terbuka kepada semua pelanggan Program Korporat BMW merangkumi pengarah, pasangan pengarah dan kakitangan syarikat. Selepas memilih kenderaan BMW yang mereka inginkan, pemilik baharu BMW boleh menentukan margin pembiayaan bermula 70 hingga 90% daripada harga jualan kenderaan. Kemudian menyatakan terma perbatuan tahunan – di antara 20,000 km setahun atau 25,000 km setahun – berdasarkan kepada gaya hidup dan kegunaan masing-masing.

Pada penghujung tempoh pembiayaan, mereka akan diberi beberapa pilihan penyelesaian pembayaran. Sama ada memulangkan kereta tanpa perlu tertakluk kepada terma dan syarat yang ditandatangani dalam Option Agreement; menukar atau menjual kenderaan kepada mana-mana Pengedar Sah BMW dan pilih sebuah kereta BMW baharu; membuat pembayaran penuh dan simpan BMW mereka; atau melanjutkan terma kontrak untuk menikmati kereta BMW mereka dalam tempoh lebih lama.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required