Modenas Kriss 110 MR2 dilancarkan – enjin dengan piawaian Euro 3 baharu, harga bermula dari RM3,890

Modenas Kriss 110 MR2 dilancarkan – enjin dengan piawaian Euro 3 baharu, harga bermula dari RM3,890

Modenas hari ini secara rasmi melancarkan model kapcai terbaru, Modenas Kriss MR2 110. Jika model sebelumnya, Modenas MR1 dijual pada harga RM2,890 ketika mula diperkenalkan pada penghujung lalu, versi terbaru MR2 ini dijual pada harga RM3,980 (tidak termasuk GST); kira-kira RM1,000 lebih mahal.

Peningkatan harga itu bukanlah tidak bersebab. Modenas Kriss 110 MR2 ini dilengkapi enjin 109.2 cc generasi baru empat lejang yang menepati piawaian Euro 3. Ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 6.2 kW (8.3 hp) pada 7,500 rpm dan 8.2 Nm tork – dengan nisbah mampatan 8.8:1.

Ia bagaimanapun masih menggunakan sistem karburetor. Bagi sistem transmisi, ia menggunakan kotak gear empat-kelajuan dengan apa yang dikenali sebagai Rotary Gear System.

Modenas Kriss 110 MR2 dilancarkan – enjin dengan piawaian Euro 3 baharu, harga bermula dari RM3,890

Memiliki berat kering 94.5 kg, model ini didatangkan dengan tangki petrol berkapasiti 4.5 liter dan dengan enjin yang ada ini, ia mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 200 km sebelum memerlukan isian semula. Ketinggian tempat duduknya pula ialah 760 mm.

Dari segi dimensi, Modenas MR2 memiliki panjang keseluruhan 1,900 mm, 1,100 mm tinggi dan 685 mm lebar. Jarak antara rodanya pula ialah 1,240 mm. Berbanding MR1 dahulu, penampilan model terkini Modenas ini jauh lebih sporty dan lebih meyakinkan, dan bukan lagi dalam penampilan ringkas yang terdahulu.

Selain rekaan menyeluruh yang baru, beberapa ciri utama yang ada pada Modenas MR2 ini ialah rekaan panel meter yang kompak dan jelas, memudahkan penunggan untuk memerhatikannya ketika tunggangan. Seperti kebanyakan motosikal lain, slot kuncinya datang dengan ciri penghadang keselamatan.

Ia kini menggunakan rim aloi 17 inci yang sporty. Di belakang, suspensi jenis lengan ayun (swingarm) dengan penyerap hentak berkembar akan berfungsi untuk memberikan keselesaan kepada pembonceng, malahan sekali gus memberikan kawalan yang baik bagi penunggang. Di depan, suspensi jenis teleskopik digunakan.

Brek pula menggunakan jenis cakera 220 mm untuk bahagian depan, manakala brek dram untuk bahagian belakang. Saiz tayar hadapan ialah 70/90-17 38P manakala tayar belakang 80/90-17 44P. Tiga pilihan warna ditawarkan, Canary Yellow, Celebration Red dan Strike Blue.

Menurut Modenas, ketika dalam pembangunan, model ini menjalani beberapa jenis ujiuan untuk memastikan daya tahan yang mampu diberikan. Antara ujian yang dimaksudkan ialah laluan sejauh 20,000 km serta ujian dynometer, ujian banjir serta pancuran. Untuk itu, Modenas Kriss 110 MR2 diberikan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

 

Add a comment

required

required