SPYSHOT: Tesla Model 3 dijumpai melakukan ujian

SPYSHOT: Tesla Model 3 dijumpai melakukan ujian

Selepas sedikit demi sedikit informasi yang diterima berkenaan Tesla Model 3, kita akhirnya dapat melihat bagaimana rupa kenderaan eksekutif elektrik permulaan ini, termasuk bahagian dalamnya. Akan dijual pada harga bermula US$35,000 (RM155,300), Tesla Model 3 ditawrkan dalam dua variasi iaitu RWD satu motor dan AWD dua motor, sama seperti Model S yang lebih besar.

Tesla Model 3 tidak akan menggunakan panel instrumen seperti kereta biasa, tetapi segalan informasi kenderaan – dan banyak lagi akan terpapar pada satu skrin besar di bahagian tengah papan pemuka dan ia diletakkan mendatar. Pada Tesla Model S, skrin yang hampir sama diletakkan menegak. Ketua pegawai eksekutif Tesla, Elon Musk membalas tweet berkenaan perkara ini: “Semakin autonomous sesebuah kenderaan, semakin kurang kita memerlukan informasi meter. Berapa kerap kita melihat kepada panel instrumen sewaktu menaiki sebuah teksi?”

SPYSHOT: Tesla Model 3 dijumpai melakukan ujian

Turut boleh dilihat dalam gambar ini adalah kehadiran kereta BMW F30 3 Series, yang berkemungkinan bergerak sekali dengan Tesla Model 3 ini untuk digunakan sebagai perbandingan. Ini bukanlah pertama kali Model 3 dan 3 Series bertemu sebegitu. Sebelum ini, BMW pernah mengeluarkan video, dituju kepada Tesla berkenaan masa yang perlu ditunggu lama oleh pelanggan sebelum boleh menerima kenderaan mereka. Dalam video itu, 330e ditunjuk sebagai model elektrik yang sudah sedia dijual.

Dalam keadaan asas, Tesla Model 3 boleh bergerak sehingga jarak 344 km, manakala versi lebih mahal, dengan spesifikasi lebih tinggi boleh bergerak sehingga 800 km. Dengan kapasiti bateri yang lebih besar, prestasinya juga semakin bertambah. Elon Musk juga telah mengesahkan bahawa Model 3 akan dilengkapi dengan Ludicrous Mode, seperti Model S.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required