Tahun ini kali terakhir lumba F1 dianjurkan di Malaysia

Tahun ini kali terakhir lumba F1 dianjurkan di Malaysia

Malaysia tidak akan menganjurkan perlumbaan F1 lagi bermula tahun depan berikutan langkah kerajaan yang bersetuju untuk penamatan kontrak penganjurannya. Bernama melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata langkah itu perlu diambil disebabkan oleh pungutan pulangan yang menurun kepada negara jika dibandingkan dengan kos penganjuran.

“Keputusan ini diambi selepas mempertimbangkan laporan dan pandangan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tentang kesan kewangan perlumbaan F1 terhadap pihak-pihak yang terlibat. Kerajaan terpaksa menanggung kos penganjuran yang tinggi sementara pulangan yang dicatatkan pula, termasuk dari sudut jumlah penonton dan pelancong asing semakin menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

“Pada 1999, hanya 16 negara terlibat dalam menganjurkan perlumbaan berprestij ini, termasuk dua negara Asia. Tetapi hari ini, jumlah berkenaan telah meningkat kepada 21 buah negara, dan ini menyumbang kepada penurunan pulangan penganjurannya,” tambah beliau.

Dengan tidak lagi perlu menampung kos penganjuran F1, Najib berkata kerajaan juga boleh menumpukan dana yang ada untuk usaha-usaha pembangunan bakat, prasarana, pemindahan kemahiran dan pengetahuan dalam sukar permotoran. Kerajaan juga akan menggunakan dana sedia ada untuk membiayai sukar lain seperti MotoGP dan Go-Kart – ini melibatkan pembinaan litar khusus baru di Sungai Petani, Kedah.

“Litar Sepang akan tetap memainkan peranan penting dalam usaha mempromosi Malaysia diperingkat global. Ia akan kekal menganjurkan perlumbaan utama seperti MotoGP dan perlumbaan peringkat nasional,” tambahnya.

Sementara itu, beliau juga menjelaskan, Petronas akan terus menaja pasukan Mercedes AMG Petronas dalam F1 sebagai satu daripada strategi pemasarannya. Perlumbaan F1 yang bakal berlangsung tahun ini merupakan yang terakhir ia dianjurkan di Litar Sepang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required