
Portal rasmi Budi Madani telah menerima lebih daripada 18,000 permohonan untuk 100 liter tambahan bagi diesel bersubsidi setakat jam 10 malam Ahad, 28 Jun, lapor Bernama. Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, pelaksanaan awal Budi Diesel juga berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Sejak Sabtu dan Ahad, lebih daripada 40,000 transaksi telah direkodkan berlaku, melibatkan pengguna yang mendapat manfaat daripada program tersebut,” kata Amir Hamzah. Minggu lalu, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia akan diturunkan kepada RM2.10 seliter mulai Julai, dan sah untuk seluruh negara.
Permohonan untuk kuota tambahan 100 liter bagi diesel bersubsidi boleh dihantar secara dalam talian melalui portal Budi Madani, manakala bagi mereka yang bantuan untuk pendaftaran pula boleh berkunjung ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pusat transformasi bandar (UTC), dan juga kaunter perkhidmatan oleh syarikat minyak, memetik laporan yang sama.

Warganegara Malaysia di Semenanjung Malaysia juga telah mendapat akses awal kepada diesel bersubsidi mulai 27 Jun, dengan harga seragam RM2.15 seliter seperti di Sabah, Sarawak dan Labuan pada masa ini, yang akan berlangsung bagi tempoh singkat bermula dari 27 Jun hingga 1 Julai.
Penetapan harga diesel bersubsidi terbaru ini bagaimanapun hanya untuk campuran diesel B10 dan B15. Diesel B7 pula tidak diberikan subsidi, dan akan terus mengikut kadar pasaran semasa, sama seperti cara pelaksanaan subsidi petrol RON 95 untuk rakyat Malaysia melalui skim subsidi Budi95, sementara petrol RON 97 tidak diberikan subsidi.
Kerajaan juga telah memperkenalkan kemudahan pemindahan kuota untuk kes di mana pengguna sebenar kenderaan bukan pemilik berdaftar kenderaan, kata Amir Hamzah. “Bagi pemindahan kuota, permohonan boleh dibuat melalui portal yang sama. Setelah diluluskan, pengesahan di stesen minyak akan dijalankan menggunakan nombor IC pengguna yang berkaitan dengan kuota tersebut,” katanya.
