Omoda Jaecoo Carro Selayang 3S kini rasmi dibuka

Bilik pameran Omoda Jaecoo Carro Selayang kini telah dilancarkan secara rasmi, sekali gus menjadi penanda kepada pengembangan terbaru bagi perniagaan jualan kereta baru oleh Carro. Cawangan Selayang ini juga memperluaskan kehadiran rangkaian jualan dan servis jenama Omoda & Jaecoo di Malaysia, membawakan pengalaman dan barisan model jenama tersebut kepada pelanggan yang berada di kawasan sekitar.

Berucap ketika majlis pembukaannya, Pengurus Besar untuk Kereta Baharu Serantau di Carro, Kang Hean Lee berkata bilik pameran tersebut bukan sekadar ruang jualan. “Ia merupakan bukti kerjasama yang kukuh antara kedua-dua organisasi terlibat. Dengan menggabungkan barisan kenderaan yang mengagumkan daripada Omoda & Jaecoo dengan kehadiran Carro yang sedia kukuh, kami berharap dapat melihat potensi kerjasama ini pergi lebih jauh,” ujarnya.

Lee juga menambah bahawa pembukaan ini menandakan permulaan perjalanan yang lebih panjang untuk kedua-dua rakan kongsi yang terlibat ini. “Hari ini hanyalah permulaan bagi sebuah perjalanan yang sangat berjaya untuk kita semua, dan saya berharap untuk melihat banyak lagi perkara penting yang dapat dicapai bersama pada masa akan datang,” katanya lagi. Dengan bilik pameran Omoda Jaecoo Selayang kini dibuka, pelanggan boleh pergi ke sana untuk melihat rangkaian penuh kenderaan jenama itu dari dekat.

Omoda Jaecoo Carro Selayang sedang menjalankan promosi lepas jualan terhad bagi tempoh terhad, bermula 21 Jun hingga 4 Julai 2026, yang membolehkan pemilik Omoda Jaecoo menempah temu janji servis di cawangan tersebut dan menikmati cucian kereta profesional percuma, di samping diskaun 50% untuk perkhidmatan terpilih. Promosi ini hanya berlangsung untuk masa terhad dan slot ditawarkan berdasarkan siapa yang mendaftar dahulu, jadi pemilik digalakkan untuk menetapkan temu janji mereka lebih awal.

Tempah slot servis anda sebelum 4 Julai 2026 dengan cara menghubungi atau kirimkan pesanan WhatsApp ke nombor +6016-726 0833.

Omoda Jaecoo Selayang oleh Carro terletak di: (Peta Google)
17498, Jalan Besar, Kawasan Industri Selayang Indah, Selayang, 68100, Batu Caves, Selangor.