Lebuhraya LEKAS ditutup pada hujung minggu ini untuk menjayakan penganjuran Ride@LEKAS 2017

Lebuhraya LEKAS ditutup pada hujung minggu ini untuk menjayakan penganjuran Ride@LEKAS 2017

Lebuhraya Kajang Seremban Sdn Bhd (LKSSB) telah mengeluarkan kenyataan bahawa Lebuhraya LEKAS bakal ditutup pada hujung minggu ini iaitu dari jam 5 petang pada 15 April hingga 3 pagi, 16 April, bagi memberikan laluan kepada penganjuran RHB Shimano Highway RIDE@LEKAS 2017.

Menurut COO LKSSB Wan Salwani Wan Yusoff, LEKAS bakal menjadi lebuhraya pertama yang ditutup pada lalu lintas dalam tempoh sementara bagi penganjuran perlumbaan berbasikal pada waktu malam. Di mana penutupan ini dijangka akan memberikan kesan terhadap lebih kurang 50,000 pengguna lebuh raya berkenaan.

“Kami telah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi tujuan penajaan lokasi ini. Malah bahagian trafik Bukit Aman juga telah meluluskan pelan pengurusan trafik sepanjang penutupan sementara ini bagi menjayakan acara tersebut,” ujarnya menerusi kenyataan media yang dihantar.

Wan Salwani turut berkata sebanyak 16 persimpangan akan ditutup sepanjang acara tersebut bagi kelancaran dan keselamatan peserta yang mengambil bahagian.

Penutupan tersebut adalah dari Persimpangan Kajang Selatan ke Persimpangan Paroi.

Pengguna lebuhraya yang datang dari arah Seremban, Senawang dan Kuala Pilah dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif termasuk Persekutuan Laluan 1 dan Lebuhraya PLUS.

LEKAS turut memohon maaf di atas kesulitan yang bakal dihadapi oleh para penggunanya. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, para pengguna bolehlah melayari laman Facebook ‘LEKAS Highway’, @LEKAStrafik di Twitter, menghubungi Pusat Info Trafik LLM atau talian 1 800 88 8021.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required