Pembinaan litar lumba Kedah perlu ambil kira banyak perkara terutamanya kos penyelenggaraan – MB

Pembinaan litar lumba Kedah perlu ambil kira banyak perkara terutamanya kos penyelenggaraan – MB

Pada pertengahan Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk membina sebuah litar lumba di Kedah. Ia diharapkan akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh anak muda untuk tujuan riadah serta mencungkil bakal dalam sukan permotoran dengan cara yang lebih sistematik, dengan harapan mereka tidak lagi berlumba di jalan raya.

Hari ini menerusi persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Kerajaan negeri mengakui perlu mengambil kira pelbagai pertimbangan termasuk kos penyelenggaraan sebelum menyiapkan litar lumba motosikal yang dijanjikan di Sungai Petani.

Menuru Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, ini kerana kos untuk menyelenggara sesebuah litar lumba menelan belanja yang agak besar dan kerajaan negeri tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan, laporan Bernama.

“Kita tidak boleh bina litar lumba bertaraf antarabangsa seperti di Sepang yang memakan belanja sehingga RM70 juta seperti yang dicadangkan oleh pemimpin sebelum ini kerana kos selenggaranya nanti tinggi.

“Mengambil kira perkara tersebut, kerajaan negeri telah berbincang, mengubah suai dan membuat perancangan baharu bagi memastikan kelak kos penyelenggaran mampu untuk ditampung,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Nor Saidin Nanyan (BN-Kuah) tentang kelewatan pembinaan litar lumba itu.

Projek membina litar lumba ini merupakan antara tersenarai dalam AkuJanji Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Ahmad Bashah berkata peruntukan berjumlah RM30 juta yang diterima itu hanya untuk pembinaan litar tersebut dan tidak termasuk kos penyelenggaraan.

“Kalau buat litar besar, nanti kos selenggara kerajaan negeri tidak mampu untuk menampung sepenuhnya, jadi bayaran minimum akan dikenakan kepada belia-belia yang ingin menggunakan litar tersebut,” katanya.

Berhubung persoalan bila litar lumba tersebut akan dibina yang diajukan oleh Azman Nasrudin (PKR-Lunas), Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Pembangunan Insan negeri Datuk Aminuddin Omar berkata kerja-kerja pembinaan litar lumba tersebut telahpun bermula pada tahun ini.

“Litar lumba sepanjang 1.8 kilometer yang mempunyai sembilan pusingan itu memenuhi spesifikasi litar lumba yang berkualiti dan sesuai untuk digunakan bagi mengadakan kejohanan seperti Cub Prix,” katanya.

Pembinaan Litar Kedah itu dijangka menjadi platform sukan permotoran yang lebih selamat dan mengekang perlumbaan jalanan yang dianjurkan secara tidak sah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required