86% rakyat Malaysia membuat kajian menerusi Internet sebelum membeli kenderaan baharu – Google

86% rakyat Malaysia membuat kajian menerusi Internet sebelum membeli kenderaan baharu – Google

Penggunaan Internet kian meluas, bukan setakat hendak mencari maklumat mengenai sesuatu, malah juga kini dijadikan platform untuk membeli-belah menerusi dalam talian. Data kaji selidik terbaharu dari Google dan TNS turut menunjukkan kini ramai rakyat Malaysia turut menggunakan Internet sebagai platform untuk mencari maklumat mengenai kenderaan pilihan. Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Google semalam di taklimat ‘Google’s Auto Day’ di pejabatnya di Kuala Lumpur.

Perbentangan semalam adalah spesifik bagi industri automotif bagi menunjukkan berkuasanya laman web kini dalam proses pembelian kenderaan, dan pelbagai data serta kajian berkaitan turut dibentangkan.

Pada tahun 1980an, jualan kereta terhad dengan pencarian pengguna menerusi iklan di kaca TV atau majalah, atau menerusi ulasan apabila mereka berjumpa dengan pengedar tempatan. Namun kini, pengguna telah mempunyai lebih banyak pandangan yang meluas, salah satu yang paling utama adalah menerusi Internet.

86% rakyat Malaysia membuat kajian menerusi Internet sebelum membeli kenderaan baharu – Google

Menerusi Internet, pengguna bukan setakat boleh melihat perincian mengenai sesuatu produk, bahkan ada juga video yang dipaparkan, maklumbalas dari orang lain, laman web atau media sosial yang berkaitan dan sebagainya, sebelum memutuskan untuk mengunjungi bilik pameran berhampiran.

Dianggarkan seramai 75% rakyat Malaysia (24 juta daripada 32 juta) memiliki 3.1 peranti setiap seorang (berbanding anggaran 2.8 peranti bagi setiap seorang di Asia Pasifik) dan menghabiskan masa selama 6.3 jam sehari untuk melayari Internet.

Malah Google turut berkata, hasil penyelidikannya mendapati lebih kurang 86% pembeli kereta telah melakukan kajian menerusi Internet sebelum membuat keputusan untuk membelinya, dan 74% pula dipengaruhi oleh iklan yang mereka lihat. Bukan itu sahaja, tiga daripada lima rakyat Malaysia juga telah mempunyai piihan jenama sewaktu mereka melakukan kajian menerusi dalam talian.

Salah satu rujukan kajian ialah laman web paultan.org sendiri (lihat salah satu slide di atas). Sumber no,bor satu untuk apa jua kereta dan permotoran di Malaysia dengan jumlah pengunjung yang melayarinya melebihi dua juta orang setiap bulan, dan juga laman web ‘adik-beradik’ kami CarBase.my yang turut menjadi platform pencarian informasi bagi model kereta baharu di negara ini, dengan lebih 300,000 pelayar setiap bulan.

Berdasarkan maklumat dalam talian tersebut, dianggarkan, pengguna mengunjungi 2.5 pengedar kenderaan sebelum membuat keputusan. Angka ini menyusut berbanding pada tahun 2013 dengan anggaran pengguna mengunjungi 3.5 pengedar kenderaan sebelum membuat pembelian. Malah, kajian turut menunjukkan tiga daripada empat pembeli sebenarnya sudah pun membuat keputusan apabila mereka mengunjungi bilik pameran.

Data tersebut turut menunjukkan pengedar kenderaan telah meningkat sebanyak 25% sejak 2015, dan pencarian mengenai ‘pengedar kereta terhampir’ telah meningkat sebanyak tiga kali ganda pada tahun 2016, berbanding 2015, menerusi telefon bimbit.

Ia juga turut mendedahkan pencarian dalam talian mengenai pinjaman kenderaan, meningkat sebanayk 21% berbanding tahun sebelumnya. Secara statistiknya, akhir suku pertama (Q1) (Mac ke April), dan bermula Suku Ketiga (Q3 – Julai) dan akhir suku keempat (Q4-Disember), pencarian mengenai kedua-duanya, termasuk pinjaman bank, adalah tertinggi.

Kajian turut menunjukkan rakyat Malaysia lebih gemar membeli berdasarkan tawaran yang menarik, dengan harga yang paling diutamakan. Walau bagaimana pun, faktor fungsi menjadi tarikan utama berbanding emosi di dalam membuat pilihan, dan kini pengguna dilihat lebih berbeza berbanding dahulu dengan membuat pertimbangan, berdasarkan segmentasi.

Pengguna yang menggemari jenama mewah lebih melihat pada prestasi, teknologi dan rekaan. Semetara pengguna biasa pula memfokuskan pada perkhidmatan selepas jualan, penjimatan bahan api dan nilai jual-semula. Menariknya, kajian turut mendedahkan penjimatan bahan api menjadi senarai terakhir bagi pengguna segmen kenderana mewah, manakala pengguna biasa pula melihat rekaan sebagai elemen terakhir dalam membuat pilihan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Mahasiswa on Apr 14, 2017 at 3:00 pm

    Harap dapat kongsikan kenderaan di bawah julat harga 40 ribu yg paling berbaloi dimiliki golongan pelajar

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required