Langgar lampu isyarat kuning tak kena demerit – JPJ

Langgar lampu isyarat kuning tak kena demerit – JPJ

Memang banyak perkara yang tidak benar dilaporkan di laman media sosial, namun yang peliknya ramai di antara kita cepat mempercayainya. Baru-baru ini satu rakaman suara seorang lelaki tular di media sosial mengatakan pemandu yang melanggar lampu isyarat kuning akan dikenakan mata demerit dan juga pemasangan 400 kamera AES.

Walau bagaimana pun, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menafikan perkara tersebut dan menyatakan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) hanya melibatkan kesalahan gagal mematuhi lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju.

Selain itu, JPJ turut menafikan bahawa 400 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di seluruh negara.

Menurutnya setakat ini, terdapat 14 kamera AES telah dipasang di seluruh Semenanjung Malaysia dan hanya akan menambah pemasangan kamera ini dari semasa ke semasa.

“JPJ ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sah,” katanya.

JPJ juga menasihatkan orang ramai untuk terus merujuk kepada jabatan itu sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan tidak turut serta menyebarkan salah faham tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required