Harga bahan api 27 Apr – 3 Mei, semua turun sedikit

Harga bahan api 27 Apr – 3 Mei, semua turun sedikit

Sistem penetapan harga siling bahan api secara mingguan kini telah pun sampai ke minggu kelima perlaksanaanya, dan setelah tiga minggu berturut-turut naik, minggu ini nampaknya turun sedikit.

Berbanding minggu lalu, petrol RON 95 turun 6 sen dari RM2.27 seliter kepada RM2.21 seliter, begitu juga dengan RON 97 yang turut turun 5 sen dari RM2.54 seliter kepada RM2.49 seliter. Manakala untuk diesel pula, ia turut dijual lebih murah berbanding minggu lalu dengan harga RM2.14 seliter, turun 7 sen dari sebelum ini yang dijual pada harga RM2.21. Diesel Euro 5 seperti biasa dijual 10 sen lebih mahal berbanding diesel Euro 2M, kini berharga RM2.24 seliter.

Kesemua harga yang diumumkan di atas bakal berkuatkuasa bermula tengah malam ini, dan seperti biasa, ia akan kekal selama seminggu iaitu sehingga 3 Mei 2017.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required