Boon Siew Honda kini mempekenalkan model CBR250R 2017 dengan pilihan warna baru yang lebih segar. Ia hadri dalam tiga warna iaitu hitam, Millennium Red dan Lemon Ice Yellow. Harga jualannya bermula dari RM21,940 (Hitam) hingga RM22,258 (bagi dua lagi pilihan warna). Harga adalah termasuk GST.
Dijana oleh enjin silinder tunggal DOHC 4-injap dengan sistem suntikan minyak PGM-Fi, ia menghasilkan kuasa sebanyak 20.2kW (27 hp) pada 8,500 rpm dan 23.3 Nm @ 7,500 rpm bagi memberikan tunggangan yang memuaskan. Rekaan muffler dengan bahagian dalam yang lebih besar menyumbang kepada penggayaan sporty jentera ini.
Bagi transmisi, ia menggunakan kotak gear enam-kelajuan manual. Motosikal ini juga hadir dengan berat 161 kg, serta tangki minyak berkapasiti 13 liter. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan paparan meter digital serta lampu sport berkembar di bahagian depan yang sinonim dengannya.
Honda CBR250R 2017 ini akan boleh didapati dari pengedar sah Boon Siew Honda bermula esok. Ia ditawarkan dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km.
Bagi mereka yang ternanti-nantikan pengenalan model Honda CBR250RR yang sempat dipertontonkan di sini dahulu, nampaknya anda perlu berteka-teki lagi. Boon Siew Honda terlebih dahulu ingin memperkenalkan versi kemaskini model sedia ada ini. Harapnya versi RR juga akan tiba di Malaysia.


Honda Prelude
dari RM 278,000
Honda HR-V
dari RM 115,900
Honda e:N1
dari RM 149,900
Honda Civic
dari RM 133,900
Honda City Hatchback
dari RM 85,900
Honda CR-V
dari RM 178,200
Honda Civic Type R
dari RM 399,900
Honda City
dari RM 84,900
Honda WR-V
dari RM 89,900
What the ……
lembab
cbr250rr plss