Penutupan jalan di sekitar Kuala Lumpur sempena Standard Chartered KL Marathon 2017 pada 21 Mei ini

Penutupan jalan di sekitar Kuala Lumpur sempena Standard Chartered KL Marathon 2017 pada 21 Mei ini

Klik untuk besarkan

Sempena dengan acara Standard Chartered KL Marathon 2017 yang bakal berlangsung pada Ahad ini, 21 Mei, sebanyak 34 buah jalan utama di sekitar Kuala Lumpur dan dua lebuh raya terhampir iaitu DUKE dan AKLEH dijadualkan akan ditutup secara berperingkat bagi semua kenderaan.

Mengikut jadual di atas, Jalan Raja yang melibatkan kedua-dua hala akan ditutup mulai jam 8 malam pada Jumaat, 19 Mei ini, sehingga 2.30 petang 21 Mei. Manakala laluan lain yang terlibat akan ditutup secara berperingkat mulai jam 1.30 pagi hingga 2.30 petang pada 21 Mei.

Penutupan jalan di sekitar Kuala Lumpur sempena Standard Chartered KL Marathon 2017 pada 21 Mei ini

Klik untuk besarkan

Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan P.Ramlee, Jalan Ampang, Lebuhraya Sultan Iskandar (sebelum ini dikenali sebagai Jalan Duta), Jalan Kuching dan Jalan Parlimen. (Sila semak jadual di atas untuk laluan yang terbabit dan masa penutupan).

Justeru, pengguna jalan raya dinasihati supaya menggunakan pengangkutan awam seperti LRT dan Monorail serta elak daripada menggunakan laluan yang terlibat jika memasuki pusat bandar pada tarikh tersebut.

Malahan sejumlah anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal aliran trafik di sepanjang 42 km laluan marathon berkenaan yang dijangka bakal disertai oleh 35,000 peserta dalam dan luar negara.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required