KPDNKK bakal memperkenalkan langkah khas bagi meringankan beban pengusaha stesen minyak

KPDNKK bakal memperkenalkan langkah khas bagi meringankan beban pengusaha stesen minyak

Bagi meringankan beban para pengusana stesen minyak yang menghadapi trend penurunan harga bahan api petrol dan diesel, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkenalkan langkah khas dan yang sesuai untuk isu ini.

Menurut menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pengumuman berhubung usaha kementerian itu akan dilakukan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan syarikat minyak minggu depan, laporan Bernama.

“Rakyat sangat gembira kerana harga bahan api turun hampir setiap minggu, tiada rungutan daripada mereka tetapi sebaliknya, pengusaha minyak telah mengalami kerugian,” katanya kepada pihak media.

Sambungnya lagi, “Apabila harga minyak turun, apa jua stok yang mereka ada, pengusaha terpaksa jual walaupun harga itu berdasarkan harga minggu lepas. Jadi kami terpaksa membuat perkiraan, jadi saya akan mengadakan perbincangan dengan syarikat minyak minggu depan.”

Hamzah berkata masalah itu turut dibangkitkan kepada Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan beberapa strategi akan dilaksanakan untuk membantu pengusaha minyak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • pengayuhbasikal on Jun 08, 2017 at 12:13 pm

    fuhh..mmg bertuah jadi saudagar minyak…keuntungan dijamin.. silap silap nanti…nak beli petrol pun ada skim prepaid…beli sekian liter pada harga pasaran terkini…kalau minggu depan turun…pelanggan rugi…kalau minggu depan naik…pelanggan untung

    kalau pengusaha tak nak rugi…mintak dengan syarikat minyak jual sikit sikit laah….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • mshuk on Jun 08, 2017 at 3:17 pm

    Depa tokeh minyak dok pikir bila minyak turun, depa rugi….
    tapi klu minyak naik….depa plak beli minyak masa harga rendah…ada ka tokeh minyak tu nk komplen….
    tgok balik statement tokeh minyak tuu….bila minyak turun, kecoh dok ckp depa rugi…
    tapi klu harga minyak naik, ada depa kecoh, yg dok jual stok lama dgn harga mahal….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required