Perodua bina taman eko dalam kawasan kilangnya

Perodua bina taman eko dalam kawasan kilangnya

Bagi menyokong kepentingan alam sekitar, Perodua bakal membina taman eko bernilai RM300,000 di dalam kawasan kilangnya yang seluas 202.3 hektar. Bersaiz 1,500 meter persegi, taman eko itu djangka siap menjelang Oktober ini, akan dibina di pusat kemudahan perkilangan utama, termasuk kebun kecil yang akan menggunakan teknologi hidroponik bagi mengembangkan kawasan rehat hijau untuk kakitangan syarikat itu.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, syarikat tersebut mahu memantapkan lagi operasi agar menjadi lebih mesra alam dan matlamat akhirnya adalah untuk menjadi sebuah syarikat automotif yang benar-benar ‘hijau’.

“Semua keperluan elektrik akan menggunakan kuasa solar dan pek bateri yang boleh dicas semula bagi memastikan tiada sisa karbon,” katanya.

Selain itu, semua bahan binaan bagi Taman Eko Perodua ini akan menggunakan bahan-bahan buangan daripada amalan ‘Kurangkan, guna semula dan kitar semula’ yang dipraktikkan di fasiliti perkilangannya.

“Selain daripada mempromosikan persekitaran yang bersih dan sihat, amalan ini juga akan mengurangkan serta menghapuskan pembaziran dalam operasi kami,” kata Aminar.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required